Khamenei turut menggesa “ditamatkan pencerobohan tanah Palestin di Tebing Barat dan perbicaraan jenayah terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak diadakan.”
DI TEHRAN, Repuklik Islam Iran, pemimpin Agung negara itu Ayatollah Ali Khamenei, menggesa Perdana Menteri Israel dan Menteri Pertahanannya dibicarakan berikutan kejadian serbuan berdarah terhadap kumpulan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bantuan ke Gaza, Timur Mediterranean.
Beliau berkata, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis perlu bertanggungjawab susulan kejadian itu, yang mana ia membawa bantuan antarabangsa. “Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam jangan berpuas hati melainkan kepungan di Gaza di tarik balik sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Khamenei turut menggesa “ditamatkan pencerobohan tanah Palestin di Tebing Barat dan perbicaraan jenayah terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak diadakan.”
Beliau berkata, ia adalah serangan penjenayah... perlu diyakinkan semua pihak Zionisme adalah baru dan banyak muka-muka dengan fahaman fasis yang lebih ganas, didukung negara melaungkan kebebasan dan hak kemanusiaan, iaitu Amerika Syarikat”. Washington, London dan Paris perlu bertanggungjawab, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan