KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 09, 2010

Usaha Umno takut-takutkan PAS sebagai "hantu" gagal perdaya rakyat

PAS selama ini ditakut-takutkan sebagai hantu kepada rakyat di negara ini dan parti-parti pembangkang lain khususnya DAP. Atas nama Pakatan Rakyat, Parlimen Sibu boleh dimenangi hasil pakatan PAS, DAP dan PKR, tegas Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ketika berucap merasmikan secara serentak muktamar ketiga-tiga sayap PAS.

Mood rakyat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Laluan ke Putrajaya sudah dibuka. Rakyat akan mengiringinya dan persoalannya sejauh manakah PAS menangani strategi menuju ke sana. PAS mesti mengikut mood rakyat. Jangan sesekali silap kerana padahnya amat teruk.

Ulama jangan berehat, teruskan PAS membaja ummat dengan dasar-dasar Islam. Gigih lahirkan ulama muda sebagai pelapis. Pemuda mesti wala dan teruskan perjuangan dan memasakan keyakinan, mengembelingkan tenaga untuk menegakkan perjuangan. Muslimat kukuhkan jamaah mendekati golongan pengundi wanita. Lebih kehadapan, menampilkan kepimpinan di tengah-tengah masyarakat.

Mursyidul Am turut menyampaikan anugerah Tokoh Pemuda PAS yang dianugerahkan kepada Ustaz Haji Hassan Shukri yang mempunyai pelbagai sejarah pembabitan dalam PAS sejak mudanya hingga kini. Pernah jadi Setiausaha Agung PAS, Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden PAS. Kini Ahli majlis Syura Ulama PAS dan pernah jadi Senator.

Sementara anuegrah Tokoh Muslimat PAS dirangkul oleh Ustazah Jamilah Ibrahim, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan pernah dilantik Senator oleh PAS. Hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Pimpinan utama Muslimat PAS, Ustaz Nuridah Salleh, Siti Zailah Yusuf dabn Mumtaz Md Nawi turut menyampaikan cenderahati kepada Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru Nik Aziz menyempurnakan majlis merasmikan muktamar serentak kira-kira jam 10.37 malam sebentar tadi. Terdahulu majlis dimulakan dengan lagu Negara Ku dan Lagu Rasmi PAS serta bacaan al-Quran.

Tiada ulasan: