Perasamian serentak muktamar dewan-dewan oleh Mursyidul Am PAS, 9 Jun 2010 di Putik jam 9.30 malam
MENYEDARI Suruhanjaya Asasi Manusia Malaysia atau SUHAKAM ditubuhkan bagi menangani pelbagai isu berkenaan penindasan, kezaliman, ketidakadilan dan diskriminasi yang dideritai oleh rakyat Malaysia;
Menyedari rakyat yang tertindas sangat bergantung terhadap SUHAKAM agar menyiasat, mengambil tindakan positif dan mengemukakan keputusan yang adil dan saksama terhadap kes-kes membabitkan mereka;
Menyedari selama SUHAKAM ditubuhkan, tidak banyak kes diselesaikan sebaliknya ia hanya menjadi tempat longgokan rasa tidak puashati rakyat yang dialih-alirkan oleh Kerajaan Malaysia secara halus dari terkena langsung kepada kerajaan;
Menyedari kewujudan SUHAKAM hanya menjadi “pendinding, tembok dan perisai” kepada Kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan diri, bersembunyi dari persoalan sebenar, lari dari tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dipikul secara konsisten;
Menyedari harapan yang tinggi rakyat terhadap SUHAKAM tidak lagi bermakna, sebaliknya Kerajaan Malaysia berasa selesa, selamat dan aman dari sebarang tekanan langsung rakyat terhadap isu-isu yang dibangkitkan;
Menyedari juga bidang kuasa SUHAKAM yang amat terhad, tidak boleh membuat keputusan, sebaliknya hanya menjadi “budak surahan” Kerajaan Malaysia semata-mata maka;
PAS KAWASAN BATU mengusulkan kepada PAS Pusat agar mendesak Kerajaan Malaysia membubarkan sahaja SUHAKAM yang tidak berperanan secara munasabah, pantas, adil dan konsisten sebaliknya ia menjadi perisai Kerajaan Malaysia mengalih-alirkan pelbagai isu kepincangan yang ditampilkan rakyat terhadap kerajaan kepada SUHAKAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan