Cikgu Ishak dan seorang rakan lamanya yang dikatakan memilki wajah sama seperti Raja Nong Chik (tengah) bersama Tarmizi di tengah-tengah lautan manusia demo.
Tiga Srikandi Harakah, Anis Nazri, Hazyani Zakaria (Harakahdaily) dan Intan Abdullah ketika membuat liputan langsung di hadapan Kedutaan Amerika.
SAYA menaiki kereta Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad dari Pejabat Harakah menuju Masjid Kg. Baru tengahari tadi. Bersama saya, Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dan Wartawan Kanan Harakah Saidah Hairan.
Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin yang sepatutnya bersama saya, menaiki kereta Harakah bersama Wartawan, Wan Nordin Wan Yaakob, Saadon Aksah dan juru gambar, Wan Zahari Wan Salleh. Kami bersama ke Masjid Kg. Baru.
Saya solat bersebelahan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Di belakang saya, tidak jauh Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Kami solat di luar, atas batu tar yang bergerigi di bawah mentari yang tidak berapa terik. Limpahan ahli jemaah, terbuak hingga ke luar masjid, di jalan raya bahagian luar berhadapan Pusat Rawatan Al-Islam.
Anwar, Ustaz Nasharuddin solat di dalam masjid. Unit Amal berpakaian merah menceriakan solat tengahari tadi. Mereka bertugas menjaga keselamatan. Anak-anak muda antara yang ramai dengan memamki selendang Palestine dan lilitan kepala.. Berangkali mereka datang dari ITPA dan IPTS sekitar Lembah Klang.
Jam 2.00 petang, demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam. Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
Kira-kira jam 2.30 petang: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar Khaibar ya Yahud" menjadi pakaian sepanjang perarakan aman sejauh 5 kilometar itu. Saya memang sudah mnejangkakan, tak boleh berjalan jauh kerana sakit gaut. Mujurlah sahabat saya, Mohd Noor Bujang yang kebetulan bermotosikal dalam perakan itu, menumpangkan saya menuju ke Kedutaan Amerika.
Srikandi Harakah, Intan Abdullah, Anis Nazri, Roy Rasul dan Salmiyah Harun sudah berada di depan pintu masuk Kedutaan Amerika. Mereka menyambut ketibaan pemimpin utama Pakatn Rakyat menyerahkan memorandum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan