TUAN Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan tanpa Islam yang diperjuangan Islam umpama badan tanpa jahad dan perjuangan ini telah dimulakan oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu dan PAS bergerak hari ini hanya sebagai mata rantai dalam memperjuangan Islam di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan secara serentak Muktamar sayap Pemuda, Ulama dan Muslimat di Putik, Pangkalan Chepa. Sekarang Tok Guru Nik Aziz masih berucap.
Perjuangan pahit manis dalam perjuangan ini mnejadi khazanah parti yang tiada nilainya. PAS pernah bertanding seorang diri, bergabung dengan BN dan Semangat 46. Kini bergabung dengan PKR dan DAP. Namun penyertaan BN ibarat perangkap.
PAS hampir-hampir ranap setelah ditendang oleh BN dari komponen itu. Penyertaan BN memberi pukulan teruk kepada PAS. PAS berpecah empat. Hinggalah PAS muncul dengan kepimpinan ulama pada tahun 1980-an.
PAS bergabung dan mengadakan tahaluf siasi dengan Semangat 46 pada tahun 1990 dan Kelntan jatuh ke tangan PAS. Kemudian bergabung dengan Barisan Alternatif - PKN dan DAP, banyak kerusi yang dimenangi dan pada pilihan raya umum 1999, PAS berjaya mmebentuk kerajaan di Terengganu.
Tahaluf siasi diteruskan bersama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Maka rakyat memberi sokongan padu hingga Pakatan memerintah Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan