Pemimpin Umno-BN diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mengaitkan Islam sebagai agama keganasan dengan menyebarkan dakyah-dakyah jahat bagi menakutkan bukan Islam dan sekaligus memburuk-burukkan Islam.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, tindakan melabelkan Islam sebagai ganas berdasarkan tindakan beberapa individu adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan menghina agama sendiri. Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu ancaman keselamatan yang didakwa dilakukan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang didedahkan baru-baru ini. Jelasnya sewaktu ditemui di lobi Parlimen, pemimpin negara sewajarnya menjaga nama baik Islam apatah lagi Malaysia meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mahu pemimpin Umno-BN 'cermat' dalam memberi kenyataan dan tindakan, agar Islam tidak disalah faham oleh orang bukan Islam sebagai penaja keganasan.

Katanya lagi, menganggap Islam dengan pengganas adalah termasuk agenda musuh dan fenomena keganasan tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Dalam isu berkaitan, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu JI sengaja direka kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada pelbagai isu semasa yang berlaku ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan