KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 03, 2010

Jika keliru menghukum UMNO sebagai fasiq, anda juga keliru terhadap iman anda sendiri!

Jika anda tetap keliru menghukum UMNO sebagai fasiq dalam kes ini, maka anda sebenarnya keliru terhadap iman di dada anda sendiri. Adakah anda seorang yang beriman kepada Allah?

JIKA dilihat kepada watak UMNO daripada sisi terbalik yang bercakap mengenai ugama Islam dan kepentingannya, juga perlaksanaan projek–projek ke arah kemajuan Islam dan juga kelantangan beberapa pemimpinnya yang turut menolak judi dan penghalalannya, maka adalah salah untuk membenarkan telahan bahawa UMNO sebenarnya telah menolak pengharaman judi oleh ugama.

Jika begitu, UMNO dihinggap penyakit nifaq yang jelas. Ia telah menghalalkan judi berkali–kali dan tidak pernah berhenti menghalalkannya. Tetapi ia menutup keberanian dan kejalangannya ke atas agama itu dengan kempen–kempen ke arah kehidupan Islami yang sihat, malah menghidupkan sebahagian syiarnya yang agung seperti pembinaan masjid, pusat pengajian Islam, Tabung Haji dan sebagainya.

Inilah nifaq yang tulen. Ini lidah bercabang yang terhina di dalam beragama. Kita menjadi semakin hampir untuk membenarkan hukuman ini. Tetapi jika anda masih keliru dan enggan menerima penghukuman nifaq ke atas UMNO disebabkan kekeliruan dan kesamaran yang masih menghantui, maka tiada lagi buat UMNO selain kefasiqan yang nyata.

Fasiq kerana ia secara terang–terang menghalalkan apa yang diharamkan Allah secara terang–terang juga. Hanya yang menyelamatkan UMNO adalah soal hati dan batinnya yang sukar dibaca dan sering berubah–ubah di antara patuh dan ingkar. Fasiq adalah keluar daripada ketaatan secara nyata. Menghalalkan judi dengan melesenkannya sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan adalah keluar daripada ketaatan kepada Allah yang nyata.

Jika anda tetap keliru menghukum UMNO sebagai fasiq dalam kes ini, maka anda sebenarnya keliru terhadap iman di dada anda sendiri. Adakah anda seorang yang beriman kepada Allah? - Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Selanjutnya...

Tiada ulasan: