KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Jun 06, 2010

Pakatan Rakyat serah resolusi mahu Amerika ambik tindakan ke atas Israel




TIMBALAN Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa menegaskan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.

Beliau berkata demikian sebaik mengadakan sidang media selepas menyerahkan resolusi meja bulat Pakatan Rakyat berhubung kekejaman Israel kepada Kedutaan Amerik Syarikat. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan Zionis Israel.

Ustaz Nasharuddin mendesak satu tindakan keras dikenakan badan-badan dunia ke atas Israel berikutan kekejaman ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza dan kepungan yang dikenakan ke atas rakyat Gaza sekian lama. Ujar beliau, Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu disebabkan Amerika terlalu berlembut menasihati Israel.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata Anwar ketika berucap di hadapan hampir 20,000 peserta himpunan dan perarakan aman anjuran Pakatan Rakyat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat 4 Jun lalu.

Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebelum itu menyerahkan resolusi kepada Kedutaan Amerika bagi mengutuk dan mengecam kekejaman Israel ke atas Konvoi Bantuan Kemanudiaan Gaza baru-baru ini.

Ketua Pembangkang itu berkata, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur. Amerika tegasnya, telah berlembut menyebabkan Israel bertindak ganas dan beliau minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat di mana-mana negara. Beliau menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan himpunan tersebut membuktikan rakyat negara ini sangat benci kekejaman yang berulang kali dilakukan Israel. Mereka tanpa mengira agama berhimpun bagi menunjukkan tanda protesnya kepada sikap berdiam diri sekutu Israel (Amerika) walaupun masyarakat dunia mengecam keras tindakan itu.

1 ulasan:

Cucu berkata...

AJAIB SUNGGUH..!! KARPAL KATA ANWAR TIADA DITEMPAT DIMANA SAIFUL DILIWAT TAPI AIR MANI DSAI ADA SELAMBAK DALAM LOBANG JUBOR SAIFUL..!!
CAMNA TU? SAPA PI BUH AIR MANI TU? NAJIB KOT? MUNGKIN MASA DOK ANWAR LENA TIDOR NAJIB TELAH MEMERAH AIR MANI ANWAR DAN KEMUDIAN DIA MASUKKAN AIR MANI TU DLM LOBANG JUBOR BUDAK TU! KONSPIRASAI NI......