KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Jun 20, 2010

Wawancara Eksklusif bersama Menteri KDN dan Menteri Hal Ehwal Agama Kerajaan Maldives sempena Muktamar PAS ke-56

Dr. Husin Rashid (kiri), Presiden Partai Adalah merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Maldives dan Dr. Abdul Majid Abdul Bari (kanan), Presiden Majlis Ulama merangkap Menteri Hal Ehwal Agama Maldives.

LEBIH awal, sebelum mewawancara Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, saya mengendalikan wawancara atau menjadi moderator bersama dua pemimpin utama Kerajaan Maldives yang juga pemimpin Parti Adalah, parti Islam yang memerintah negara Kepulauan Maldives itu.

Mereka ialah Dr. Abdul Majid Abdul Bari, Presiden Majlis Ulama merangkap Menteri Hal Ehwal Agama Maldives. Seorang lagi ialah Dr. Husin Rashid, Presiden Partai Adalah merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri Maldives.

Selain melihat respons mereka ke Kelantan dan Malaysia, serta meninjau sendiri perjalan Muktamar Tahunan PAS ke-56, mereka turut mengutuk keras kekajaman Israel terhadap ummat Islam Gazza dan teruja dengan keupayaan PAS memimpin parti Islam terbesar di negara ini dan mentadbir beberapa negeri.

Wawancara ini juga diterbitkan untuk WebTV PAS yang dipancarkan melalui Website Muktamar PAS ke-56 yang disediakan oleh Jabatan IT PAS Pusat. Terima kasih sekali lagi kepada penerbit wawancara selama lebih kurang 30 minit ini, Cik Intan Abdullah.

Wawancara ini bersempena Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang telah diadakan di Putik Kota Bharu pada 9 - 13 Jun 2010. Inilah kali pertama PAS membenarkan bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS mengambil bahagian dalam muktamar tersebut.

Tiada ulasan: