KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 23, 2010

Muslimat makin lantang ke jalan raya perjuangkan keadilan sejagat!

Wartawan Harakah dan Harakahdaily, Anis Nazri, Hazayani Zakaria dan Intan Abdullah di hadapan pintu masuk Kedutaan Amerika

SELAIN Harakah menempatkan tiga srikandi wartawannya pada demontrasi aman membantah syaitan akhbar Israel di Kedutaan Amerika, Jumaat 5 Jun lalu, kebanjiran muslimat dari kalangan anak-anak muda, berdarah kesatriaan berarak dari Masjid Kampung Baru menuju kedutaan amat menerujakan.

Wartawan Harakah, Intan Abdullah, Roy Rasul dan Anis Nazri serta srikandi Harakahdaily, Hazayani Zakaria, berpeluh-peluh mengharung terik mentari dan berjalan sejauh 5 km untuk mencatat dan merakamkan sesuatu keajaiban sepanjang perarakan yang memakan masa lebih sejam untuk tiba ke Kedutaan Amerika, di Jalan Tun Razak itu. 

Namun, ramainya anak-anak muda muslimat kali ini memberi signal baru kepada kebangkitan rakyat dalam menangani isu. Banyak demontrasi yang telah diadakan, kemunculan anak-anak remaja muslimat kian tegar dan lantang. Baik himpunan aman BERSIH, Bantah PPSMI dan Hapuskan ISA, mereka terus mara berdepan dengan muntahan air asid 'water canon' dan hambatan FRU dengan  kayu corta yang keras.

Ketika demontrasi membantah karikatur hina Nabi SAW di Kedutaan Denmark, anak-anak remaja muslimah ini juga turun padang malah lebih ramai sewaktu himpunan sejuta ummat membantah serangan Isreal ke atas Lubnan. Selain Kedutaan Amerika jadi sasaran, Pusat Konvensyen KLCC juga terkena tempias kerana waktu itu Setiausaha Amerika berada di pusat tersebut.

Tak dapat dipastikan, dari mana mereka? Barangkali dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) sekitar Lembah Klang. Langkah mereka cukup tegas, berani dan lantang. Dengan berpakaian menutup aurat fesyen terkini, ringkas dan berseluar panjang dengan baju labuh, perarakan yang sarat lebih 20 ribu demontran itu bagaikan cukup lengkap dengan kehadiran mereka.

Ada yang bertutup muka, melilit kepada dan berselendang ala-Palestin - namun tiada apa yang menakutkan mereka untuk mara bersama kaum muslimin menyatakan bantahan kepada sekutu Israel yang berkubu di Kedutaan Amerika itu. 

Mereka berjalan dengan langkah tegar sejauh 5 km sambil meregang pelbagai sepanduk mengutuk kebiadapan syaitan Israel dan melaungkan kalimah takbir "Allahuakbar", "Mampus mampus Yahudi", "Jahanam Israel", "Khaibar khabar ya Yahud", "Hidup Palestin", "Hidup Hamas" dan macam-macam lagi.

Lebih 5,000 muslimat mengukuhkan lagi perarakan yang disarati hampir 20 ribu orang itu. Perarakan dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta beberapa pimpin parti itu turut berada di hadapan Kedutaan Amerika.

Selain mereka, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Pengurus Besar Harakah, Dato' Kamaruddin Jaafar, Khalid Abdul Samad, Dr. Dzulkkifly Ahmad, Dato' Dr. Mahfodz Muhamad dan Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan ada bersama.

Pemimpin Muslimat PAS yang gigih, Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, Wan Hasrina Wan Hassan, Kartini Ahmad, Aiman Athirah dan beberapa EXCO Dewan Muslimat PAS Pusat mara. Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Ghazali bersama Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Ismail turut menyemarakkan lagi semangat juang mereka.

Tiada ulasan: