KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 12, 2010

Kekalkan rekod PAS tanpa "lompat parti" - Perwakilan Labuan

REKOD bersih PAS dari kejadian "lompat parti" tidak mustahil akan pecah sekiranya program tarbiah tidak diperkasakan secara tersusun dan efektif, demikian kekhuatiran disuarakan Perwakilan Wilayah Persekutuan Labuan, Amir Zahari.

Berucap membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-56 di Putik dekat sini 11 Jun lalu, beliau mengingatkan sidang muktamar bahawa PAS kini disertai oleh mereka yang datang dari pelbagai latar belakang.

Perkara itu nyatanya, perlu diberi perhatian khususnya kepada mereka yang akan mewakili PAS sebagai calon dalam pilihan raya. Dalam perbahasan tersebut, Amir turut mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan lesen Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) di Labuan mendahului kelulusan lesen judi. Terdapat 600 GRO berlesen di Labuan yang sentiasa bersedia memberikan khidmat.

Untuk itu, beliau mahu ahli parlimen daripada PAS membawa itu tersebut ke pengetahuan Parlimen utuk dibahas diambil tindakan lanjut. Terdahulu dalam ucapannya, Amir menggesa agar negeri dikuasai PAS memperbanyakkan ekspo perniagaan sebagai kaedah untuk penjanaan ekonomi parti.

Tiada ulasan: