KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 23, 2010

Koh Swe Yong akui judi bola yang "dihalal" Umno-BN boleh galakan aktiviti rasuah

PARTAI Rakyat Malysia (PRM) menentang penghalalan judi bola dan judi lain oleh kerajaan Umno-BN kerana ia sangat jelas suatu aktiviti yang tidak produktif dan meruntuhkan nilai baik masyarakat.  Setiausaha Agungnya, Koh Swe Yong menegaskan, PRM menentang judi sebagai permainan atau hiburan yang dimainkan sesekala antara anggota sekeluarga atau antara kawan-kawan.

PRM juga tegasnya, menentang perjudian setempat yang berorganisasi tetapi haram dan beroperasi secara kecil-kecilan, dan turut menentang perjudian berorganisasi dan halal tetapi dikelolakan secara besar-besaran, biasanya jenis ini dikelolakan untuk perniagaan atau syarikat besar. Perjudian jenis kedua dan ketiga yang disebut sudah lama wujud, dan perjudian jenis kedualah yang selalu dibanteras oleh pihak berkuasa kerana haram, katanya.

"PRM hendak bertanya, mengapa perjudian jenis kedua yang selalu dibanteras oleh pihak berkuasa tetapi masih tidak lenyap, sebaliknya makin hari makin berkembang dan subur, sehingga meresap ke merata tempat?" soal beliau kepada Sanggahtoksago.Com.

Koh menjelaskan, perjudian berleluasa ekoran daripada aktiviti rasuah bermaharajalela. Sebenarnya, kedua-dua rasuah dan perjudian ini adalah abang adik, saudara mara yang membesar bersama. Tegasnya, rakyat Malaysia mesti membantah sekeras-kerasnya penghalalan judi bola sepak kerana judi jenis ini dikelolakan secara teratur dan besar-besaran untuk tujuan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. 

"Pada hal penghalalan judi bola akan menggalakkan dan meningkatkan kegiatan perjudian haram," tegasnya.

Tiada ulasan: