DALAM ucapan ringkas Dato' Mustafa Ali, beliau mengakui PAS telah mencipta sejarah inilah pertama Muktamar dewan-dewan dirasmikan secara serentak oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Ab dul Aziz Nik Mat.
Dan muktamar kali ini juga mencacat sejarah apabila semua dewan-dewan diwakili perwakilan masing-masing mengikut kawasan dan tidak lagi mengikut negeri seperti sebelum ini. Ini menjadika dan muktamar sayap-sayap kanan ini sarat dengan perwakilan dan mereka bebas membahaskan apa jua isu pada muktamar masing-maisng.
Mustafa juga memberitahu, muktamar kali ini juga meyaksikan perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS buat kali pertama mengambil bahagian sejak ia dilancarkan bulan lalu. Idea menubuhkan kelab dan kini disebut dewan himpunan telah disuarakan oleh bekas Timbalan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Dr. Dzulkifli Muhamad sejak 50 tahun dulu.
Beliau turut menyeru ketiga-tiga dewan mengambil insiatif serius untuk melahirkan pemimpin pelapis untuk ketiga-tiga sayap kanan. Ulama katanya, sudah ada Ulama Muda dan Muktamar Muslimat esok pula dijangka akan membahaskan usul penubuhan Dewan Muslimat Muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan