KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 03, 2010

Himpunan Belasah Syaitan Zionis selepas Solat Jumaat 4 Jun 2010 bermula dari Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ke Kedutaan Amerika

PAS bergegas ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak 1 Jun lalu diiringi lebih 300 penyokong menyerahkan memorandum membantah serangan syaitan Israel terhadap Konvoi Gaza.

SAYA juga menyeru agar seluruh kekuatan Muslimat dan Wanita Malaysia digerakkan untuk hadhir Ke Himpunan Aman Mengutuk Kebiadapan Tentera Israel yang melakukan serangan ke atas Kapal Mavi Marmara dan para Sukarelawan Bantuan Kemanusiaan yang menyertai misi Bantuan Antarabangsa Ke Gaza itu. Himpunan tersebut akan diadakan selepas Solat Jumaat pada 4 Jun 2010 bermula dari Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ke Kedutaan Amerika.

Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti dan bantahan kita semua sebagai warganegara Malaysia terhadap pencabulan undang-undang dunia yang dilakukan oleh lanun Zionis laknatullah itu dengan menyerang ‘Freedom Fotilla’ di perairan antarabangsa. Ini adalah buah tangan Israel durjana kepada Malaysia yang telah memberikan kontrak berjumlah hampir RM78 juta kepada mereka melalui APCO.

AIMAN ATHIRAH AL-JUNDI
Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat
31 Mei 2010 - Selanjutnya...

Tiada ulasan: