KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 02, 2010

Raja Jordan pikul tanggungjawab arah Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv pindah semua aktivis ke Amman


AMMAN, JUN 2, 10: Seramai 121 aktivis yang mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang ditahan oleh Israel pagi tadi telah dibebaskan dan sedang didalam perjalanan ke Jordan, termasuk 30 orang aktivis Jordan, serta negara-negara selainnya iaitu Bahrain, Kuwait, Maghribi, Oman, Lubnan, Syria, Yaman, Algeria, Pakistan, Malaysia, dan Azerbaijan.

Menteri Pembangunan Amal Jordan, Ahmad Al-Umyan mengatakan itu adalah atas arahan Raja Abdullah Thani (Raja Jordan) dan keselamatan rakyat Jordan, ia memudahkan aktivis armada kebebasan yang kesemuanya terdiri dari 14 buah negara yang lain.

Kerajaan Jordan telah mengarahkan Kedutaan Besar Jordan di Tel Aviv untuk memudahkan perjalanan kesemua aktivis ini ke Amman, serta tetamu-tetamu lain dengan selamat sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Mereka adalah 30 dari Jordan, 4 dari Bahrain, 3 dari Pakistan, 15 dari Kuwait, 7 dari Morocco, 3 dari Syria, 28 dari Jazeera, 12 dari Indonesia, 4 dari Yaman, 12 dari Malaysia, 3 dari Algeria, 2 dari Azerbaijan dan 3 lagi dari Lubnan.

Tiada ulasan: