KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 23, 2010

Lebur RM55 juta hadapi 11 PRK sejak 2008, PAS mahu Ketua Audit & PAC siasat perbelanjaan PDRM


KETUA Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) didesak menyiasat bagaimana Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM55 juta bagi membiayai kerja mereka dalam 11 pilihan raya kecil sejak 2008.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tahun 2009 Parlimen mendedahkan PDRM belanjakan RM31 juta untuk 5 pilihan raya kecil iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, dan Bukit Selambau. 

"Itu baru 5 pilihan raya kecil. Bagi baki 6 pilihan raya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat. PAS juga mahu PDRM membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan agensi itu.

"Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihan raya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit
Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor dan Sibu) hanya sebanyak RM6,451,285 sahaja," soal beliau.

Dakwanya, jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihan raya. Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihan raya. PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan PDRM ini kerana ia melibatkan wang rakyat. 

"Bagi PAS, jumlah lebih RM55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas
mengawal pilihan raya.

PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven dengan penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan terus mengelakkan unsur-unsur pembaziran.

Tiada ulasan: