KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 12, 2010

Dewan Himpunan Penyokong PAS tak akan ikut Islam ala-Umno - Hu Phang Chow

DEWAN Himpunan Penyokong PAS menyambut baik ucapan dasar Presiden PAS yang turut menyentuh tentang dewan itu sambil menyifatkan ianya satu sejarah baru dalam Muktamar Tahunan PAS apabila mewujudkan Dewan Himpunan untuk penyokong bukan muslim sebagai mengiktiraf sokongan mereka terhadap parti itu.

Ketuanya, Hu Pang Chow, ketika ditemui memberitahu dengan rintangan yang datang dari pelbagai arah, PAS dilihat semakin matang, sebab itu golongan bukan muslim di seluruh negara dapat menerima perjuangan PAS yang menjadi teras Islam sebagai perjuangan.

“Dengan tertubuhnya Dewan Himpunan yang dulunya Kelab Penyokong PAS bulan lalu, ia memberi satu semangat baru pada kami untuk terus bangkit bersama memperjuangkan dasar murni PAS,” ujarnya.

Phang Chow bagaimanapun menyarankan semoga pimpinan rajin turun padang untuk bertemu golongan terbabit ke peringkat akar umbi bagi memberi pendedahan kepada mereka berkenaan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Sambungnya, anggota Dewan Himpunan PAS hanya akan boleh menerima perjuangan Islam yang dibawa PAS dan bukannya Islam ikutan yang diperkenalkan oleh Umno.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng pula mendakwa pengiktirafan pimpinan terhadap tugas dan peranan muslimat bukan sahaja satu pengiktirafan untuk golongan terbabit, sebaliknya juga untuk pihak mereka juga.

Katanya, wanita di bawah Dewan Himpunan PAS juga tidak menafikan parti itu semakin aktif dalam menongkah arus globalisasi. Tidak hairanlah, ujarnya, PAS kini sebuah parti Islam yang semakin ke hadapan dalam menjaga kebajikan rakyat di negara ini.

Tiada ulasan: