KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 03, 2010

PAS mahu Kerajaan Umno-BN potong terus kontrak dengan Apco Worlwide!

MALAYSIA perlu menamatkan kontrak dengan syarikat perhubungan awam proksi Israel, Apco Worldwide dalam usaha menyatakan penentangan terhadap serangan regim zionis ke atas kapal misi bantuan Gaza, 31 Mei lalu. Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan penamatan kontrak itu boleh dilakukan Malaysia, memandangkan ia di bawah kuasa kerajaan.

"Sekadar mengutuk keras tindakan Israel, selain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu belum cukup kerana isu Israel-Gaza ini berlanjutan sejak sekian lama. Apa yang Malaysia boleh buat ialah tamatkan perkhidmatan Apco itu. Itu Malaysia boleh buat," tegas beliau ketika dihubungi Harakah.

Selain itu, tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, Malaysia yang dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa dalam OIC perlu mendesak negara-negara Islam lain agar memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel.

Tiada ulasan: