KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 29, 2010

Puak-puak Umno keliru teruk: Pengharaman judi tak sama dengan arak atau babi


Isu pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan babi, memandangkan secara jelasnya tidak ada mana-mana agama yang membenarkan kegiatan judi dijalankan. Ini kerana tabiat judi itu mengundang lebih banyak keburukan dan kemudaratan seperti pergaduhan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia, selain ia turut melingkari setiap peringkat usia.

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, menegaskan dalam hukum Islam jelas menyatakan judi merupakan perbuatan keji dan perbuatan syaitan yang wajib dijauhi berdasarkan perintah Allah. "Surah Al-Maidah, ayat 90-91 membawa maksud yang menyatakan judi merupakan amalan yang berasal dari syaitan yang mendorong manusia lalai kepada Allah, selain menggalakan permusuhan dan kebencian di antara manusia," tegas beliau ketika dihubungi.

Jelas beliau, amalan judi mengundang kepada permusuhan dan pergaduhan apabila mereka yang kalah berjudi akan berasa tidak puas hati dengan yang menang, orang yang berhutang untuk berjudi gagal menjelaskan hutang kepada pemberi hutang dan berbagai-bagai sebab permusuhan akibat judi," tegas beliau.

Ustaz Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang menyokong pemberian lesen judi atas alasan kononnya amalan berjudi merupakan budaya orang bukan Islam. Kenyataan dan tindakan bekas Perdana Menteri itu, kata beliau seolah-olah Mahathir mewakili orang bukan Islam, sedangkan beliau mengaku beragama Islam dan ianya menjurus ke arah dosa.

"Apa yang dikatakan beliau, dan juga Rais (Dato' Seri Rais Yatim) tentang kononnya orang Cina mahu berjudi sudah menjadi dosa.  Dua kali berdosa. Pertamanya, berdosa kerana menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Keduanya, memandai-mandai mempertahankan apa yang dikatakan hak orang bukan Islam, sedangkan mereka (bukan Islam) tahu ia tidak dibenarkan pada agama mereka juga," tegas beliau.

Justeru, Ustaz Ahmad menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengaku beragama Islam bertindak mengeluarkan hujah menggunakan alasan untuk kepentingan bukan Islam bagi meluluskan pemberian lesen judi tersebut.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam persoalan samaada agma2 lain benarkan judi dan arak.... Izinkan saya kaitan persoalan itu dgn apa yg disebarkan oleh Harakah. Menurut sumber http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27226%3Achee-keong-perbodoh-diri-sendiri&catid=1%3Autama&Itemid=50

Telah dinyatakan bahawa Ahli Parlimen (PAS - Jerai), Mohd ... See moreFirdaus Jaafar membuat kenyataan seperti berikut
"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," (gambar).

Sementara Ahli Parlimen (PAS - Baling), Taib Azzamuddin Mohd Taib
"....Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya."

Pemimpin-pemimpin PAS di atas terlalu yakin dengan sindiran dan hujah yang mereka lemparkan tentang aktiviti judi di dalam agama lain.

Tetapi realitinya, pemimpin-pemimpin PAS itulah dan juga HARAKAH telah menyembunyikan fakta dan memutar belitkan kenyataan.

Malangnya telah terlalu ramai pengikut2 mereka yg telah dan terlalu mempercayai fakta putar belit mereka itu.

BUKTI DAN KEBENARAN PANDANGAN JUDI DALAM AGAMA LAIN:

Di sini saya sertakan beberapa artikel tentang perspektif JUDI dalam agama Kristian, Hindu dan Buddha.

1... Christianity
The practice of casting lots is mentioned 70 times in the Old Testament and seven times in the New Testament. In spite of the many references to casting lots in the Old Testament, nothing is known about the actual lots themselves. They could have been sticks of various lengths, flat stones like coins, or some kind of dice; but their exact nature is unknown. The closest modern practice to casting lots is likely flipping a coin.

Casting lots definition - making a chance decision or choice by using lots (straws or pebbles etc.) that are thrown or drawn
http://www.gotquestions.org/casting-lots.html

Casting lots - Bermaksud: mempertaruhkan nasib; memperjudikan nasib; pertaruhan; perjudian.

2... Hinduisam
Gambling is encouraged during the Diwali (Deepavali) season as a way of ensuring good luck for the coming year and in remembrance of the games of dice played by the Lord Shiva and Parvati on Mount Kailasa or between Radha and Krishna. In honour of Lakshmi, the female player always wins during Diwali.-
http://www.religionfacts.com/hinduism/index.htm

3... Buddhism
From a Buddhist perspective, recreational gambling would be considered harmless and not against the Precepts. However, because all gambling plays on at least some element of greed it is certainly unbecoming for Buddhist organizations to raise funds by lotteries and games of chance

For the Buddha, it is being virtuous that makes one 'lucky', not having a winning streak. He said: 'If a gambler were to win a fortune on his very first throw his luck would nonetheless be insignificant. It is many times more 'lucky' to conduct oneself wisely with body, speech and mind and after death be reborn in heaven' (M.III,178) - Buddhism

Jelas dan terbukti bahawa kenyataan yg dibuat oleh Ahli Parlimen (PAS - Jerai), Mohd Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen (PAS - Baling), Taib Azzamuddin Mohd Taib, tentang bahawa Judi diharamkan oleh SEMUA AGAMA, sedangkan kebenarannya adalah sebaliknya, KECUALI ISLAM, agama2 lain meletakkan JUDI sebagai dibolehkan (serta bersederhana)

Jelas dan terbukti bahawa kenyataan yg dibuat mereka melalui Harakah adalah percubaan utk memutar belitkan kebenaran.

Saya tidak memetik pandangan Confucianism dan Taoism, apa yang pasti kedua-dua fahaman ini mempercayai adanya "The Gods of Gambling" (dewa judi) yang membantu hidup mereka.

Tanpa Nama berkata...

BUKTI DAN KEBENARAN PANDANGAN ARAK DALAM AGAMA LAIN:

Di sini saya sertakan beberapa artikel tentang perspektif ARAK dalam agama Kristian, Hindu dan Buddha.

1... Christianity... See more
Jesus Christ drank wine, not only at the Passover but moderately drank wine observance every year (and, as He said, will do again in the future after His return), but at other times as well, as stated in the Scriptures:




"And He took the cup, and gave thanks, and gave it to them, saying, Drink ye all of it; For this is My blood of the New Testament [see also Covenant and Testament], which is shed for many for the remission of sins. But I say unto you, I will not drink henceforth of this fruit of the vine, until that day when I drink it new with you in My Father's Kingdom" (Matthew 26:27-29 KJV)

Drunkenness is the mark of those who are in the darkness of spiritual night, it is the mark of those who have not put on the Lord Jesus and who fulfill the lusts of the flesh.

But now I have written unto you not to keep company, if any man that is called a brother be a fornicator, or covetous, or an idolater, or a railer, or a drunkard, or an extortioner; with such an one no not to eat. For what have I to do to judge them also that are without? do not ye judge them that are within? But them that are without God judgeth. Therefore put away from among yourselves that wicked person. I Corinthians 5:11-13

And be not drunk with wine, wherein is excess; but be filled with the Spirit; Ephesians 5:18

Drunkenness is a sin upon which God has pronounced His woe!
Woe unto them that rise up early in the morning, that they may follow strong drink; that continue until night, till wine inflame them! Isaiah 5:11
http://www.keyway.ca/htm2004/20041024.htm

2... Hinduisam
Abstinence from alcohol is a value which is deeply rooted in Indian culture and religion, and as such is the only approach to drinking that could be called "sensible" in this country. Hinduism has the largest following in India, and in the Hindu scriptures drinking is referred to as one of the five heinous crimes, which include murder and adultery. According to the laws of Manu it is a sin to consume alcohol, and the only way to atone for it is to have the image of a liquor bottle branded on your forehead. The ancient Tamil poet, Thiruvalluvar, whose work entitled THIRUKURAL offers some foundations for ethical values in society, also condemns alcohol, calling it a social evil and equating a drunkard to a dead body.
http://lifering.org/sep/thirdworl.htm

3... Buddhism
Buddhist Philosophy on Health Building ; He held that eating meat violated Buddhist tenets and he punished monks who drank liquor or ate meat. So, Buddhist temples banned wine and meat
http://www.china.org.cn/english/imperial/26121.htm

Secara mudah dijelaskan didalam http://wapedia.mobi/en/Alcoholic_beverage?t=14.
dalam tajuk Alcohol and religion menyatakan bahawa
Some religions—most notably Islam, Jainism, the Bahá'í Faith, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, the Seventh-day Adventist Church, the Church of Christ, Scientist, the United Pentecostal Church International, Theravada, most Mahayana schools of Buddhism, some Protestant sects of Fundamentalist Christianity, and some sects of Hinduism— forbid, discourage, or restrict the drinking of alcoholic beverages for various reasons.

Jelas dan terbukti bahawa kenyataan yg dibuat oleh Ahli Parlimen (PAS - Jerai), Mohd Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen (PAS - Baling), Taib Azzamuddin Mohd Taib, tentang bahawa tidak diharamkan ARAK dlm kebanyakkan agama selain Islam, sedangkan kebenarannya adalah sebaliknya, agama2 lain meletakkan ARAK sesuatu yg merbahayakan, tidak digalakkan.

Jelas dan terbukti sekali lagi bahawa kenyataan yg dibuat mereka melalui Harakah adalah percubaan utk memutar belitkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Disebalik keputusan yg telah dibuat oleh Kerajaan Pusat mengenai Judi Bolasepak. Kita boleh melihat betapa PR mengamalkan sikap DOUBLE STANDARD seperti mana hujah2 sy yg sebelum ini. Dan betapa juak2 PR menganggap pemimpin mereka begitu MAHSUM sehingga dianggkat apa yg dikatakn adalah benar. Betapa membuktikan juak2 PR tidak dapat menggunakan akal ... See morefikiran yg dikurniakan oleh Allah SWT utk berfikir mana yg sohih dan mana yg telah diputar belitkan.

Begitulah berlebih2ny juak2 PR dari pemimpin putar belit mereka. Bila habis sahaja tuduhan dan fitnah putar belit yg lemparkan mereka tetapi di balas dgn hujah yg berserta fakta dan kebenaran, maka Maki hamun, mencerca dan merendahkan martabat yg dilakukan mereka. Seolah2 meletakkan bhw mereka shj yg benar. ASTARFIRULLAHHALAZIM ...SUBHANALLAH!

Kita sorot semula isu Judi Bolasepak ini, apabila kerajaan bercadang meluluskan lesen judi atas dasar mengengkang judi haram, agar judi ini dapat dikawal dan cukai judi dpt digunakan utk pembangunan prasarana terutama utk kaum non-muslim.

Maka bangkitlah juak2 PR dan pemimpin2 putar belit dr PR memelitkan dan memalsukan fakta serta menuduh konon Kerajaan Pusat TELAH MELULUSKAN lesen judi.

Ada yg lebih memalukan apabila juak2 PR membuat fitnah konon kerajaan pusat mengHALALkan judi utk muslim. ASTAFIRULLAHHALAZIM, mengapa begitu jauh busuk juak2 PAS ini. Hakikatnya kerajaan pusat tidak pernah mengHALALkan judi utk rakyat muslimnya seperti yg dinyatakan didalam perlembagaan, secara hitam putih dan malah sehingga kita belum ada perbincangan dibuat didalam parlimen utk membahas supaya undang2 membenarkan judi utk rakyat muslim dibahas.

Tanpa Nama berkata...

Suka juga saya ulangi, keruntuhan nilai murni Islam didalam sebahagian juak2, adalah hasil dari putar belit pemimpin mereka sendiri.

Kita rujuk pandangan pemimpin PR seperti didalam sumber harakah: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27226%3Achee-keong-perbodoh-diri-sendiri&catid=1%3Autama&Itemid=50
dan kita... See more dapat melihat betapa mereka mencuba menyembunykan fakta, memutar belit, mempermaikan ayat2 Al-Quran dan sunah, serta menghalalkan cara apabila dibuktikan betapa DOUBLE STANDARD nya PR-PAS dalam isu kelulusan lesen "HARAM" (haram utk muslim tetapi tidak utk non-muslim) Arak dan judi.

1...
Memetik kata putar belit: Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib
"Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza"

Kebenaran: Begitulah betapa putar belitnya dan betapa percubaan menyembunyikan fakta sebenar dilakukan beliau. Mengikut Al-Quran, hukum meminum ARAK dan JUDI adalah setaraf... iaitu HARAM. Telah disebut didalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Malah secara jelas ianya disebut didalam surah Surah Al-Baqarah ayat 219 dan Surah Al-Maidah ayat 90.
Malah secara secara konsisten didalam setiap surah, ARAK disebut dahulu, kemudian diikuti JUDI. Malah arak diklafikasikan oleh ulama sebagai ummul qoba-is IBU SEGALA MAKSIAT.

(Surah Al-Baqarah : 219) “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”

Jelaslah dalam Al-Quran dan sunah ARAK dan JUDI adalah sama, kedua-duanya adalah dosa besar, tidak ada perbezaan seperti kata putar belit dan percubaan menghalalkan cara Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib.

2...
Memetik kata putar belit: Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar)
"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia,"

Kebenaran: Tuduhan konon semua agama mengharamkan judi, telah saya buktikan secara FAKTA dan SOHIH bahawa KECUALI ISLAM, agama2 lain meletakkan JUDI sebagai dibolehkan (serta bersederhana)...sila rujuk hujah saya sebelum ini (yg diatas)

Manakala dari segi ARAK dalam agama lain telah dinyatakan tiada satu pun agama yg membenarkan ARAK. ..sila juga rujuk hujah saya sebelum ini (yg diatas)

http://wapedia.mobi/en/Alcoholic_beverage?t=14.
dalam tajuk Alcohol and religion menyatakan bahawa
Some religions—most notably Islam, Jainism, the Bahá'í Faith, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, the Seventh-day Adventist Church, the Church of Christ, Scientist, the United Pentecostal Church International, Theravada, most Mahayana schools of Buddhism, some Protestant sects of Fundamentalist Christianity, and some sects of Hinduism— forbid, discourage, or restrict the drinking of alcoholic beverages for various reasons.

Jelaslah tuduhan Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) menyeleweng dari kebenaran dan penuh putar belit serta percubaan menghalalkan cara.

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah betapa DOUBLE STANDARDnya PR dalam soal lesen "HARAM". Ingat ARAK dan JUDI adalah sama disisi ISLAM kedua-duanya DOSA BESAR.

Ini kenyataan Nik Aziz yg dibuat pada 19.11.1992
"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya"

dan pada 26.11.1994
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Berdasarkan surah seperti mana yg disebut didalam Al-Quran, sehingga kini puak2 PR masih gagal menafikan bahawa pemimpin PR adalah munafik dan pengamal Double Stanrd

Jadi kenapakah parti PAS - Pakatan Rakyat menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?
Kalau kita ambik iktibar dari Membangun Bersama Islam dan Nik Aziz, sudah tentu tidak salah bagi seorang pemimpin Islam memberi lesen untuk membenarkan aktiviti ‘dosa’ asalkan ia tidak dibenarkan kepada orang-orang Islam. Jika masalah sosial juga menjadi alasan, arak "Ibu Segala Maksiat" juga adalah satu punca yang sering membawa kepada maksiat dan jenayah yang besar.