KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Jun 20, 2010

PAS Batu sokong penubuhan ILPAS dan anggap mampu tingkatkan kecekapan jentera praya semua peringkat

Bersama Jameluddin Elias, wakil Yayasan Amal Malaysia antara 12 orang yang menjadi mangsa tawanan Isreal dalam serangan maut komando zionis itu ke atas Kapal Mavi Marmara 31 Mei

PAS Kawasan Batu menyokong penuh dan mengucapkan tahniah kepada PAS Pusat khususnya Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPP) yang telah menubuhkan Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) dan dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekejap tadi, 20 Jun 2010 di Dewan Dato' Abdul Hamid, Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor.

ILPAS dilancarkan dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan, bagi meningkatkan lagi keupayaan para petugas pilihan raya di semua peringkat parti.

PAS Batu bersetuju dengan persepsi Presiden PAS, pilihan raya adalah memujuk orang bersama PAS sedangkan peperang adalah untuk menakluk dan menghalau orang seperti yang ditegaskan Tuan Guru Abdul Hadi ketika berucap melancarkan gerak kerja ILPAS dekat sini.

Pengarah ILPAS adalah Mohd Abdul Wahid Endut iaitu Timbalan Ketua Pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu. Dengan pembentukan ILPAS, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.

Empat modul utama ILPAS akan dijadikan rujukan pembelajaran dan ia telah disampaikan kepada Pengarah Pilihan Raya bagi setiap negeri oleh Tuan Guru Abdul Hadi. Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya. Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri yang akan bermula minggu depan.

PAS Batu juga menyokong penuh usaha Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) yang akan turun ke negeri-negeri dengan memilih 50 peserta untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri bagi memastikan wujud petugar atau pakar pilihan raya yang mampu mengendalikan apa jua iklim kempen dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun umum.

TARMIZI MOHD JAM
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu
Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti & Tugas-Tugas Khas
PAS Kawasan Batu 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OwenceLew Antoine Caldwell Jersey
J.J. Watt Jersey
Arian Foster Authentic Jersey
Cerbbreesee

Tanpa Nama berkata...

Thanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I will be waiting for your further
post thanks once again.

Also visit my web page workouts to increase vertical jump