Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar ucapan Mahathiryang mengatakan beliau akan meluluskan lesen judi jika masih kerajaan (Ketua Negara) dan ini adalah kenyataan orang gila dan hanya memikirkan dirinya sendiri, bidas pemangku ketuanya, Herman Shamsudden.
Sebagai seorang bekas pemimpin, beliau tidak sewajarnya melabelkan sesuatu kaum itu (Cina) sebagai kaum yang suka berjudi kerana tidak semua manusia yang suka berjudi malah, dalam mana-mana agama pun termasuk Buddha tidak pernah menghalalkan judi.
Catatan didalam kitab Tipika Buddha sendiri menyatakan bahawa: "There are these six dangers of being addicted to gambling. In winning one begets hatred; in losing one mourns the loss of one’s wealth; one's word is not accepted in court; one is avoided by both friends and officials; one is not sought after for marriage because people say a gambler cannot support a wife." - (D.III,183).
Didalam buku lain Buddha menyebut 'squandering wealth on dice' leads to one's decline (Sn.106). Jelas kata Herman, apa yang Mahathir sebut dan menganggap judi tidak diharamkan dalam masyarakat Cina adalah sesuatu yang prejudis kepada kaum ini.
"Orang Cina juga tahu judi itu merugikan mereka. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai hiburan, tetapi itu bukanlah sesuatu yang diajar dalam agama mereka kerana banyak lagi hiburan lain yang mereka boleh lakukan," ujarnya.
Sekitar tahun 80-an dan 90-an Kerajaan Hong Kong dan China mempromosikan kempen membenci judi dengan menayangkan filem-filem perjudian seperti 'God of Gambler' yang mesejnya menyeru rakyat mereka
jangan berjudi. Namun tegas Herman lagi, mesej ini tidak difahami Mahathir sehingga ke hari ini kerana dalam kepalanya beliau sentiasa menganggap orang Cina ini sebagai saingan orang Melayu.
"Sebab itu dalam perhimpunan Perkasa baru-baru ini beliau dengan selambanya mengatakan bahawa orang Cina suka berjudi sebagai mengambarkan bahawa masyarakat Cina adalah masyarakat yang suka benda-benda yang negatif dan berfoya-foya," tegas beliau. Beliau bersyukur kerana Mahathir sudah lama berhenti jadi Perdana Menteri dan di zaman Pak Lah dulu, isu judi terhenti sebentar kerana misinya adalah Islam Hadhari yang amat dibenci Mahathir.
Namun bila Najib jadi Perdana Menteri, Mahathir bermatian-matian pertahankan dasar judi yang diumumkan. Ini kerana Mahathir tidak mahu ditempelak oleh Najib kerana zaman dia jadi Perdana Menteri beliau pernah meluluskan lesen judi bagi Bukit Tinggi Resort, iaitu sebuah syarikat yang hampir-hampir muflis kerana banyak beban hutang. Salah seorang ahli lembaga pengarahnya ketika itu adalah Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga salah seorang Menteri Kabinet Mahathir, dakwa Herman.
1 ulasan:
curry 9
cheap jordan
supreme
golden goose sneakers
supreme
supreme clothing
palm angels
bape outlet
fear of god clothing
golden goose shoes cheap
Catat Ulasan