KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 23, 2010

Menerobos batas kaum & agama: Tuan Guru Abdul Hadi wakili PAS hulur RM5 ribu bantu murid miskin Sek. Kebangsaan Tamil di Gombak


Menerobos batas kaum dan agama - Foto Wan Zahari Wan Salleh

KEPRIHATINAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghulurkan bantuan RM5,000 seolah-olah melegakan bebanan lebih 100 murid miskin dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak dalam Parlimen Gombak.

Ini dapat dilihat dari riak wajah murid-murid sekolah berkenaan, apabila Tuan Guru menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi membeli buku-buku latihan buat mereka. Sekaligus, tema Muktamar Tahunan PAS ke-56 baru-baru ini "Islam Adil Untuk Semua" menular dan menerobosi tembok kaum negara ini sekaligus ia juga menepati slogan "PAS For All" yang dicanangkan selama ini.

Walaupun dalam majlis penyampaian sumbangan yang serba ringkas, bagi Ahli Parlimen Marang itu, ianya bukanlah perkara yang penting sebaliknya program itu telah meletakkan satu hubungan yang erat antara satu dengan yang lain.

"PAS adalah satu parti yang terbuka dan diajar berlaku adil kepada semua agama dan bangsa," katanya di hadapan kira-kira 30 orang murid sekolah berkenaan dan beberapa Ahli Jawatan Kuasa PIBG sekolah berkenaan.

Malah katanya, PAS tidak pernah menganggap kaum India adalah orang asing kerana itu PAS mengiktiraf bangsa India dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), yang rata-ratanya disertai kaum India dari seluruh negara. 

"Kita perlu mengambil hikmah atas kepelbagaian etnik yang ada dalam negara kita, penduduk yang pelbagai etnik ini boleh menjadi kumpulan yang hebat sekali gus Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cukup unik," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DHPP, Bala Subramaniam ketika berucap pada majlis itu melahirkan rasa teruja kerana inilah pertama kalinya PAS memberi sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

"Apa yang berlaku ini menunjukkan orang India sudah rapat denga orang PAS sekali gus memberi gambaran orang India juga sudah meneriam dasar-dasar PAS," katanya.

Ketua Bahagian Pendidikan PIBG sekolah, Encik Rajan berterima kasih di atas keprihatinan Ustaz Abdul Hadi menghulurkan sumbangan kepada murid-murid miskin sekolah berkenaan. Jelasnya, jika sebelum ini beliau cuba mendapatkan sumbangan daripada beberapa pimpinan MIC malangnya ia tidak berjaya. 

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih, sebaik sahaja saya kemukakan perkara ini kepada Encik Bala, tidak sampai seminggu beliau memberi jawapan yang menggembirakan," katanya. Jelas beliau, sumbangan itu bertujuan membeli buku-buku kerja untuk murid-murid miskin dari darjah satu hingga enam.

Tiada ulasan: