KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 23, 2010

Umno tetap "pekakkan telinga" anggap sanggah judi bola sebagai helah politik pembangkang


MENTERI Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein  mengeluarkan kenyataan  'bodoh' dan 'dangkal' apabila  meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan  menegaskan  kenyataan yang dibuat oleh Hishammuddin itu  seolah-olah sebelum ini belum ada pihak yang memberikan cadangan berkaitan judi,  sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam ceramah-ceramah umum serta di dalam Parlimen sentiasa memberikan cadangan agar judi ini dimansuhkan secara ‘total’.

Pakatan Rakyat juga katanya turut menekankan pentingnya penerapan nilai-nilai agama didalam masyarakat serta memberikan pendidikan secara mendalam tentang bahaya judi kepada intitusi kekeluargaan dan masyarakat.

Bagaimana pun katanya,  kerajaan mengambil jalan dengan 'memekakkan telinga' malah 'membakul sampahkan' setiap pandangan yang diberikan kerana sudah memang dasar Umno  yang ber’tuhan’kan keduniaan semata-mata, tetap meng’halal’kan judi kerana pulangan yang lumayan. 

Ustaz Nasrudin turut menyelar sikap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang  menunjukkan kebodohannya dengan mencabar negeri Pakatan Rakyat  agar menutup premis judi yang sedia ada sambil mengatakan  perhimpunan membantah perjudian yang akan diadakan oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak lebih daripada ‘mempolitikkan keadaan’.

Ucapan-ucapan tersebut katanya jelas menunjukkan sikap ‘hipokrit’ pemimpin Umno selain jelas menunjukkan sikap mereka yang sememangnya tidak cerdik dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan. 

"Undang-undang jelas menyatakan yang semua lesen perjudian dikeluarkan Kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap premis judi sahaja di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961. Dan premis judi yang ada sekarang ini di bawah negeri Pakatan Rakyat adalah warisan Umno kerana diluluskan oleh mereka sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri," tegasnya.

Justeru, Ustaz Nasrudin mencabar Hishamudin dan Khairy agar membuat satu usul ke Parlimen supaya sebarang lesen judi yang telah dikeluarkan, ditarik balik demi untuk memastikan rakyat Malaysia terpelihara daripada melakukan dosa.  Beliau turut  mencabar Pemuda Umno  agar bersama-sama menyertai Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) seperti mana yang ditunjukkan oleh Pemuda Gerakan serta turut sama berdemonstrasi pada 03 Julai nanti.

Tiada ulasan: