ISU mengenai status Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjadi perdebatan ramai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi mengenakan denda RM2,000 ke atasnya selepas didapati bersalah mengigit seorang penjawat awam yang bertugas. Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Pegawai terbabit bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan ke atas Ahli Parlimen Batu itu sebaliknya mengurangkan jumlah hukuman denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, melihat alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi ketika mengurangkan hukuman ke atas Tian Chua, hakim tersebut nampaknya tidak bersetuju pilihan raya kecil diadakan di Parlimen Batu. Atas dasar itu beliau mengurangkan hukuman denda daripada RM3000 kepada RM2000.
Isu ini melibatkan tafsiran Artikel 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan (PP). Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan kehilangan kelayakan Ahli Parlimen. Yang mana menjelaskan kelayakan seorang ahli parlimen gugur jika beliau dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat keampunan.
Bagi pengamal undang-undang seperti Hanipa Maidin, adalah lebih wajar hakim tersebut mengurangkan denda Tian Chua kepada jumlah kurang dari RM2000 seperti RM1900 misalnya bagi mengelakkan kecelaruan. Dalam keadaan beliau bersetuju tidak wajar diadakan pilihan raya kecil maka adalah lebih elok beliau mengurangkan hukuman denda kepada jumlah yang kurang dari RM2000.
"Saya merasa pelik bagaimanakah Hakim Mahkamah Tinggi boleh mengekalkan sabitan keputusan Mahkamah Majistret yang memutuskan Tian Chua bersalah dalam keadaan keterangan pendakwa bahawa Tian Chua menggigit pegawai polis penuh dengan keraguan. Saya lebih nampak kedua-dua keputusan Majistret dan Hakim Mahkamah Tinggi itu adalah keputusan yang tidak betul atau boleh dikatakan "keputusan politik" semata-mata," dakwa Hanipa.
Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertahankan hujah dan pendiriannya bahawa kerusi Parlimen Batu perlu diisytiharkan kosong walaupun Tian Chua adalah rakan Pakatan Rakyat. Karpal turut menegaskan sebenarnya Dewan Rakyat tidak ada kuasa untuk menentukan sama ada kerusi Batu perlu dikosongkan atau sebaliknya. Beliau juga merasa pelik mengapa kes Tian Chua ini menjadi satu isu besar kerana ia adalah satu kes yang jelas dan nyata.
"Sangat jelas dan nyata... jika saya hendak jual anjing saya pada harga tidak kurang dari RM2,000, ia bermakna harga yang saya letak ialah RM2,000 dan ke atas," bukankah begitu, tanya Karpal.
Paling aneh, pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Dakwanya Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu. Junaidi bagaimanapun berkata, Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.
Pada pilihan raya umum ke-12 2008, Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu menewaskan calon Barisan Nasional dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi. Persoalan yang jelas, isu kesahihan Tian Chua menggigit polis gagal dibuktikan namun mahkamah menjatuhkan hukuman. Kini sekali lagi, keputusan hakim mempamerkan adanya campur tangan politik. Tiada lagi berbangkit isu gigit polis yang tak sahih, kini berdeabt tentang keputusan hakim yang main politik pula seoalah-olah terdapat "konspirasi" dari awal untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil di Batu.
1 ulasan:
This is really interesting, You're a very skilled blogger. I've joined
your feed and look forward to seeking more of your wonderful post.
Also, I've shared your web site in my social networks!
Here is my homepage website ()
Catat Ulasan