KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 23, 2010

Judi bola sepak, Najib Tun Razak mula "sapu sampah bawah karpet" berdolak-dalik hadapi tentangan rakyat



GERAKAN Membantah Judi (GMJ) mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga Menteri Kewangan yang telah menafikan pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn Bhd pada 7 Jun 2010. 

Malah sikap Perdana Menteri yang tidak mahu membangkitkan semula isu lesen judi sukan ini dilihat sebagai usaha menyapu sampah ke bawah kapet, tegas Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat. Katanya, kerajaan Umno-BN dilihat tidak jelas malah sentiasa berdolak-dalik berhubung dengan lesen judi sukan di negara ini.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang mencurigakan disebalik penafian Perdana Menteri :

1. Pada 11 Jun 2010 terdapat dokumen “Information Memorandum” telah dikeluarkan oleh  Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dimana pada  halaman 20 dokumen ini dinyatakan bahawa Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan. Berjaya Sport Toto memohon pinjaman RM800 juta untuk melakukan operasi judi sukan sempena EPL (English Premier League) pada bulan Ogos atau September 2010. Terdapat 220 outlet Sport Toto seluruh negara akan mejayakan judi tersebut. Penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group. Menurut analisis kredit daripada Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) sebuah agensi penarafan telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto memiliki nilai rating setinggi AA-. Penilaian ini juga mengambilkira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi sukan. Pendedahan ini telah dibuat oleh YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 21-Jun-2010 diParlimen.

2. Pada 12 Jun 2010 Berjaya Corp telah membuat kenyataan kepada Bursa Saham Malaysia bahawa Ascot Sport Sdn Bhd telah mendapat kebenaran kerajaan untuk memperbaharui lesen judi sukan. Atas asas ini maka Berjaya Corp telah membeli 70% saham Ascot Sport bernilai RM525 Juta. Sedangkan Ascot Sport adalah sebuah syarikat yang rugi sebanyak RM15.8 juta pada 31hb Disember 2008. Jika Ascot Sport tiada jaminan memperolehi semula lesen judi sukan maka sudah tentu Berjaya Corp tidak membeli sahamnya. Pendedahan ini telah dikeluarkan oleh Malaysia Insider pada 15 Jun 2010.

3. Pada 16 Jun 2010 Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim telah menyatakan bahawa lesen judi sukan ditangguhkan sedangkan Perdana Menteri telah menafikan mengeluarkan lesen tersebut. Maklumat ini telah dikeluarkan oleh Malaysiakini pada 16-Jun-2010

4. Terdapat sokongan secara terbuka terhadap lesen judi sukan daripada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional antaranya adalah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pimpinan  MCA dan pimpinan PPP. Maklumat ini telah dikeluarkan oleh kebanyakkan media arus perdana.

Suhaizan mempersoalkan kerajaan perkara-perkara berikut; 

1. Bagaimana MARC boleh memberi gred AA-  kepada permohonan pinjaman RM800 juta Berjaya Sport Toto untuk melakukan operasi judi sukan pada Ogos atau awal September 2010 sedangkan kerajaan tidak mengeluarkan lesen judi.
2. Bagaimana Tan Seri Vincent Tan boleh meyakinkan Bursa Saham Malaysia untuk  Berjaya Corp membeli 70% kepentingan Ascort Sport sedangkan pihak kerajaan tidak pun mengelurkan lesen judi sukan.
3. Bagaimana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim boleh mengumumkan penangguhan lesen judi sukan sedangkan kementeri Kewangan tidak pernah mengeluarkannya.
4. Bagaimana pimpinan Umno dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh menyokong judi sukan sedangkan kerajaan tidak pun mengelurkan lesen judi sukan.

Tegas Suhaizan, atas persoalan-persoalan itu, GMJ yakin adanya dokumen bertulis daripada Kementerian Kewangan yang telah memberi kebenaran kepada Ascot Sport memperbaharui lesen judi sukan. 

"GMJ mahu Perdana Menteri menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah butiran yang telah diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan sehingga beliau begitu yakin dan pihak-pihak ketiga seperti Bursa Saham Malaysia serta  MARC bergitu yakin terhadap pembaharuan lesen judi sukan kepada Ascort Sport.  GMJ akan menyerahkan memorandum memansuhkan judi sukan kepada Perdana Menteri pada hari rabu 23-Jun-2010 jam 3 petang di Putajaya. GMJ mahu mendapatkan penjelasan seikhlasnya daripada Perdana Menteri berhubung dengan isu ini," tegasnya.

Walaubagaimana pun, GMJ ujarnya, tetap bertegas suatu Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Judi pada jam 2 petang 3hb Julai 2010 di Kuala Lumpur akan tetap diadakan. 

Tiada ulasan: