KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 03, 2010

Amerika masih keras kepala enggan arahkan syaitan Israel tamatkan kepungan ke atas Gaza


AMERIKA Syarikat (AS), sekutu tradisi Israel yang sering menggunakan kuasa vetonya membantu negara Yahudi itu, kini tidak meminta secara khusus kepada Israel bagi menamatkan kepungan ke atas Semenanjung Gaza. Namun, ia memberi bayangan langkah itu perlu diringankan. Demikian kira-kira laporan dari Agensi.

Sementara itu berita yang dibesar-besarkan, pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan serangan Israel terhadap sekumpulan kapal yang membawa bantuan ke Gaza sebagai perbuatan jenayah dan kejam.

Dikatakan, beliau 'menuduh Washington dan sekutunya di Eropah' (sebenarnya itulah hakikat, bukan menuduh) kerana memberi sokongan kepada penjenayah terbabit dari segi politik, ketenteraan dan kewangan. “Israel adalah rejim yang sentiasa dahagakan darah, tidak menghomati orang lain dan bodoh,” tegasnya dalanm kenyataan yang dibaca menerusi radio.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pula mahukan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang boleh menghalang Israel daripada melakukan lebih banyak jenayah. Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila komando tentera laut Israel menyerang kapal yang menuju ke Gaza kelmarin.

Tiada ulasan: