KETUA Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan menyifatkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) seumpama kerajaan "Gharqad". Ini kerana, katanya di akhir zaman hanya sejenis pokok yang akan melindungi orang-orang Yahudi dari dibunuh oleh tentera Islam iaitu pokok "gharqad".
"Nabi SAW bersabda, dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi. Maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya' kecuali pokok 'gharqad' (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Dataran Tok Guru Nik Aziz, Kampung Geliga Besar, Kemaman, 4 Jun lalu. Menurutnya, mana-mana pihak yang melindungi kepentingan Yahudi atau mengadakan kerjasama khidmat nasihat termasuk dalam golongan 'gharqad'.
"Kerajaan yang melindungi Yahudi juga adalah kerajaan 'gharqad'. Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan ‘gharqad’ (Yahudi). Sebab, dia (Umno-BN) 'susut' (sembunyi) APCO Worldwide dalam 'pejabat' (kerajaan) dia. Dia (Umno-BN) menyembunyikan satu syarikat Yahudi yang beroperasi dalam negara kita (Malaysia) sebagai syarikat konsultan yang berpengkalan di Amerika, yang berkiblat kepada Yahudi termasuk Syarikat Komunikasi Asia Soft yang 'upgrade' sistem digital Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman," tegasnya.
Oleh itu, katanya bagi menghalau keluar agen Yahudi dari negara ini perlu dihapuskan kerajaan "gharqad" terlebih dahulu. Menurut Ustaz Nasruddin jika kerajaan "gharqad" dibiarkan terus berkuasa serta memerintah negara selama itulah Yahudi berselindung dengannya.
"Kita (PAS) akan tekan dia (APCO) hingga dia keluar. Jika hendak hapuskan Yahudi kena hapuskan dahulu kerajaan "gharqad". Maknanya, kita (PAS) kena jatuhkan juga kerajaan Umno-BN untuk keluarkan Yahudi dari negara ini. Jika kita (rakyat) biarkan kerajaan "gharqad" ini terus berkuasa selama itulah Yahudi boleh berselindung dengan kerajaan "gharqad"," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan