Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Jun 04, 2010

Polis iringi lebih 20 ribu pendemontrasi, tiada provokasi dan tiada ledakan gas pemedih mata, FRU tenang!








APAKAH motif pihak polis kali ini, yang cukup memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat dalam mempastikan perjalanan perhimpunan aman ini lancar. Berpuluh polis berpakaian biru mengiringi pendemontrasi dari Masjid Kg Baru hinggalah ke hadapan Kedutaan Amerika. Selain polis trafik membantu arah tuju kesesakan lalu lintas, FRU hanya bersiap sedia tanpa provokasi.

Agak menarik, polis iringi demontrasi. Mereka berada di hadapai sekali, yang lazimnya dilakukan oleh Unit Amal. Terlalu awal untuk menyatakan ia sebagai strategik pasukan itu untuk meredakan persepsi selama ini polis tidak mesra rakyat, atau polis yang dikaitkan dengan zionis yahudi dalam isu kominikasi digital pasuakan itu sebelum ini.

Ummat Islam menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu. Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.

Turut serta sekumpulan bukan Islam dan warga Palestine yang berada di Kuala Lumpur. Ia dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini. Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.

Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut.

Apa yang jelas, jika tiada sekatan, halangan dan provokasi dari pihak polis, maka tiada sebarang kejadian yang buruk terjadi. Tetapi jika demontrasi ini dibelasah dengan gas pemedih mata, sudah tentulah banyak kejadian buruk terjadi. Apapun tahniah kepada polis, kerana testimoni ini membuktikan tanpa provokasi polis, apa jua perhimpunan / demontrasi akan berlangsung dengan aman.

0 ulasan: