KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 03, 2010

Undilah pencacai Yahudi Zionis untuk bankrapkan Malaysia


SEBELUM ini saya nyatakan bahawa kenyataan Idris itu dengan sendirinya bermakna "Undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada 2019". Nampaknya kenyataan Dr Mahathir juga dengan sendirinya membawa makna "Undilah BN untuk memiskinkan Malaysia".

Barangkali selepas ini orang akan pakat-pakat kata "Undilah pecacai Yahudi Zionis untuk memiskinkan Malaysia".

Sebelum ini dilaporkan bahawa kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak berbelanja hampir RM77 juta untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide. Barangkali pak yet Yahudi Zionis dan gerombolannya sudah dapat petunjuk untuk melaksanakan apa yang Dr Mahathir cakap: "...we are going to be poor".

Negara akan miskin. Rakyat pula akan turut miskin. Besar kemungkinan yang tidak akan miskin ialah orang seperti isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Bayangkan, kalau dia boleh menderma sehingga RM1.5 juta, tentulah duit dia banyak sungguh (sila lihat berita Bernama 12/8/09 bertajuk "Tabung Gaza dilancarkan untuk bantu penduduk Palestin di Gaza" yang saya copy and paste di bawah). Saya tak ingat mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum Rosmah yang kelihatan mampu menderma sebanyak itu, luar biasa. Dari mana dan macam mana Rosmah dapat duit yang melimpah-ruah itu?

Lagu-lagu mana pun, menderma kepada Tabung Gaza tidaklah memberi lesen kepada sesiapa pun untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide. Macam orang yang mendermakan kondom untuk menghalang jangkitan penyakit seks, itu tidaklah bermakna orang itu boleh berzina.

Berbalik kepada soalan saya adakah negara ini akan bankrupt kerana subsidi atau kerana dikeranyah habis-habisan oleh Umno BN, seorang pembaca yang memakai pengenalan "abc" di bawah posting "'Undilah BN untuk memufliskan Malaysia pada 2019'" memberitahu tentang artikel dalam The Sun semalam yang saya rasa sedikit sebanyak menjawab persoalan itu. - Penarik Beca

Tiada ulasan: