KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 04, 2010

Pentas Pakida tidak dapat sambutan, hanya 15 orang terpekik marahkan Israel tapi sokong Umno



Pentas Pakida tidak disinggahi mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, dan ia lenggang dari tumpuan lebih 20,000 pendemontrasi

PAKIDA yang mengambil kesempatan untuk muncul sebagai pemimpin demontrasi akhirnya terpaksa pulang awal setelah pentas yang diperalat dari sebuah lori krin yang disediakan tidak disinggahi oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO pro Palestine tengahari tadi.

Mereka yang bersongkok hitam, berlilit kepala menaikkan pelbagai sepanduk meletakkan sebuah lori krin sebagai pentas utama berceramah, tiada jauh dari pintu masuk ke Kedutaan Amerika. Hanya seramai 15 orang penyokong kumpulan pro-Umno itu. Selain mengibarkan bendera Palestin, mereka juga mengibarkan sehelai bendera Umno dan sepanduk berbunyi "Mahathir sokong Intifadah".

Percubaan Pakida untuk menarik perhatian penyokong demontrasi Pakatan Rakyat meleset. Semua memulau tempat mereka dan kumpulan itu hanya berceramah sendirian. Sekali imbas, mereka seolah-olah mengganggu ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat yang berhadap dengan mereka. Corong pembesar suara membingitkan.

Pakida terpaksa "bungkus" awal sebelum Anwar, Lim Kit Siang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengadakan sidang media seusai menyerahkan memorandum. Para penyokong Pakatan Rakyat mulanya menyangka mereka sebahagian dari rakan demontarsi tetapi, setelah membaca dan melihat kelibat mereka sebagai Pakida, pendemontrasi meninggalkan kawasan tersebut.

Tiada ulasan: