UNIT Kajian dan Maklum Balas Isu Semasa (Ukmisa) dengan kolobrasi Institut Pemikir Muda, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan perbincangan dan perbahasan mengenai situasi semasa ekonomi negara pada 27 Jun 2010 nanti.
Menurut Pemangku Pengerusi Unit Ukmisa, Mior Isfandy Mior Azizan, program yang bertempat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu selaras dengan objektif penubuhannya untuk membekalkan pemimpin-pemimpin pemuda PAS dengan informasi dan fakta isu semasa.
Jelasnya yang juga penyelaras Institut Pemikir Muda (IPM), agenda perbincangan tersebut akan menyentuh mengenai kecenderungan sistem ekonomi negara dan beberapa pemasalahannya masa kini dan beberapa prinsip makro ekonomi negara termasuk daya saing, sumber, pertumbuhan, keseimbangan dan kemiskinan.
Katanya lagi, isu lain yang akan dibincangkan ialah isu mutakhir mengenai korelasi antara politik dan ekonomi, prinsip asas ekonomi Islam untuk diterokai seperti prioriti pembangunan negara, maslahah (kebaikan) dan pengagihan kekayaan negara serta intipati Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Tambahnya lagi, perbincangan tersebut akan dihadiri pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat, pimpinan pelapis anak muda PAS yang terdiri daripada bekas aktivis dan pemikir mahasiswa serta beberapa orang tokoh daripada Unit Ulama’ Muda.
"Kami yakin kombinasi audiens ini mampu membuahkan dan mencernakan idea-idea yang baik demi membangunkan sebuah negara Malaysia yang beramanah, adil dan saksama selaras dengan acuan Islam.
"Pemuda PAS akan cuba mencari mekanisme terbaik untuk menyalurkan idea-idea dan merangka pelan tindakan yang releven untuk diimplementasikan,"katanya.
Institut Pemikir Muda berperanan sebagai platform untuk menghimpunkan kader-kader muda dalam PAS bagi mewacana dan memformulasi beberapa dasar penting negara sebagai latihan mengisi kepimpinan dan perjuangan parti pada masa hadapan. Ia adalah salah satu entiti daripada Akademi Kepimpinan Pemuda, Dewan Pemuda PAS Pusat.
2 ulasan:
Today, while I was at work, my sister stole my iphone and tested
to see if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a youtube sensation.
My iPad is now broken and she has 83 views. I know this is completely off topic but I had to share it with someone!
my web blog - exercises to improve vertical jump
Interesting blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
A design like yours with a few simple tweeks would really make my blog stand out.
Please let me know where you got your design. Kudos
Here is my weblog ... http://cinexs.com/Blogs/35388/41457/several-good-suggested-Exercises
Catat Ulasan