KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 10, 2010

Pemuda PAS terus melangkah gagah merentas tembok Umno-BN

GERAKAN pentarbiyahan Pemuda PAS terus diperhebat meskipun kita mengalami kekalahan pilihanraya yang agak teruk pada tahun 1978. Inilah buktinya, Pemuda PAS tidak menganggap sifir kalah menang dalam pilihanraya sebagai indikator asas perjuangan ini, bahkan yang paling penting adalah penerapan dakwah dan tarbiyah terus digerakkan.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1982 dibawah kepimpinan Yang Berbahagia Tuan Haji Mustafa Ali [Dato’] mengusulkan gagasan Kepimpinan Ulama’ dan penubuhan institusi Majlis Syura Ulama yang menjadi ‘izzah jemaah kita sehinggalah ke hari ini.

Dalam dekad 80-an, kita mendepani mehnah apabila beberapa tokoh pemuda seperti Haji Mohammad Sabu, Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Bunyamin Yaakob [Al-Marhum] diheret dengan rantai drakonian ISA ke Kamunting pasca tragedi berdarah di Memali dan Lubuk Merbau.

Selain itu, Pemuda PAS diwarnai pula dengan diversifikasi [kepelbagaian] jalur pemikiran yang dilihat menjadi satu hambatan kepada kepimpinan pemuda untuk menyatu dan mencari titik pertemuan dalam dilema ini. Kepimpinan Ustaz Abu Bakar Chik telah mengambill langkah pro aktif dengan menubuhkan Jabatan Pelajar PAS untuk memurnikan fikrah perjuangan pelapis-pelapis PAS terutamanya di Institusi Pengajian Tinggi yang agak berkecamuk dengan kemunculan pelbagai aliran fikrah dan jemaah.

Di peringkat keahlian, kebajikan dan kaderisasi, Pemuda PAS telah mewujudkan Unit Kerja Jemaah [UKJ], Pusat Bina Syakhsiyyah [Pembina], Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam [PASTI], Unit AMAL yang menjadi satu badan beruniform alternatif untuk aktivis gerakan Islam. Saudara ..... Inilah legasi jariah yang telah diamanahkan untuk kita mempersadakannya ke tahap yang lebih cemerlang.
Ledakan reformasi penghujung dekad 90-an memperlihatkan partisipasi [penyertaan] sejumlah besar rakyat memasuki gerbang parti sehingga menampilkan PAS sebagai wadah alternatif kepada UMNO. Pada saat itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Tuan Haji Mahfuz Omar [Dato’ YB] gigih membantu Presiden PAS, Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor untuk memobilisasi momentum kesedaran rakyat melalui Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK bersama KeADILan, DAP dan NGO-NGO yang lain.

Operasi Dewan Pemuda PAS ketika itu lebih tertumpu kepada aspek percaturan politik untuk mempersiapkan parti sebagai “government in waiting” bagi mentadbir Malaysia Baru. Jaringan kerjasama di peringkat luar negara mula dirintis dengan penubuhan Sekretariat Pemuda Islam Asean [AMSEC] bagi melonjakkan imej PAS dalam agenda internasionalisasi bersama gerakan-gerakan Islam serantau.

Penyerahan baton kepimpinan kepada Tuan Haji Salehuddin Ayub [YB] telah menganjakkan Pemuda PAS ke tahap yang cukup membanggakan di dalam termometer perjuangan. Enam tahun sehingga 2009, kita telah menggapai dua perkara penting dalam siri pencapaian gerakan iaitu :
1. Pendekatan sifat pembangkang yang konstruktif menerusi peluasan engagement yang objektif.
2. Serta pemerkasaan agenda pendidikan politik sehingga mampu membayangi momokan kurafat parti pemerintah.

Hari ini kita mengiktiraf dan mengisytiharkan bahawa As-Sabiquun Al-Awwaluun [golongan yang mendahului kita] ini sebenarnya telah memenuhi tuntutan perjuangan berasaskan realiti dan keupayaan yang mereka miliki. Hari ini juga, saya menyeru kepada seluruh Pemuda PAS termasuk diri saya sendiri, agar kita pula merencana peta dakwah yang lebih luas dan segar untuk kita tangani dan depani suasana politik baru negara ke arah mencipta kemenangan yang kita sama-sama impikan.

Tiada ulasan: