KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 12, 2010

PAS tekad terus perkasakan Tahaluf Siasi bersama Pakatan Rakyat - Tuan Guru Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan komitmen parti itu yang begitu tinggi dalam meneruskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) bersama Pakatan Rakyat. PAS tidak gelojoh untuk mendominasi Pakatan Rakyat, sebaliknya PAS dan seluruh parti dalam gabungan itu bekerjasama dan membuat keputusan secara konsensus, tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Putik dekat sini 11 Jun lalu. Turut serta dalam sidang media tersebut Timbalannya, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

Mengulas lanjut soalan yang diutara wartawan mengenai ada desakan dalam sayap Wanita KeADILan agar KeADILan mengepalai Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi berkata ia adalah urusan dalaman parti itu. PAS katanya, tidak ada kuasa untuk campur tangan, dan ia sebagai satu proses kebebasan suara dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya, Ustaz Abdul Hadi mengulangi penegasannya akan meneruskan dasar Islam dalam memakmurkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bukan sahaja pada pilihan raya tetapi dalam melestarikan perjuangan nasional dan antarabangsa.

Ustaz Abdul Hadi berkata, penglibatan PAS dalam harakah Islamiyyah juga mewajibkan parti itu untuk meneruskan ukhuwah dengan semua kumpulan Islam secara penuh tasamuh. Ujarnya PAS terus diterima menjadi satu sahaja parti yang berwadah Islam yang syumul berada dalam gelanggang politik dalam negara ini.
"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf perjuangan Islam bersama PAS. Ukhuwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul dari segenap pelusuk negara," tegasnya di hadapan kira-kira 2000 perwakilan, pemerhati dan penyokong.

Dalam merealisasikan dakwah dan politik semua pihak telah menyaksikan bahawa PAS terus menerus istiqamah melaksanakan Tahaluf Siyasi sejak dari tahun 1982 di atas nama Islam, katanya.

Antara tetamu yang hadir, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, pimpinan PRM, PSM, badan-badan NGO serta tokoh luar negeri seperti dari Hamas Palestin, dan PKS Indonesia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Having read this I believed it was really informative. I appreciate you finding the time and energy to put this information together.
I once again find myself personally spending a significant amount
of time both reading and posting comments. But so what, it
was still worth it!

my page; web design chicago