KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 02, 2009

Berikut tulisan "panas" Dr Dzulkifli yang lesap, tiba-tiba muncul di Malaysia Insider tentang ulasan terkini Kerajaan Perpaduan


Tajuk asal: "Gagasan pemikiran kerajaan perpaduan: Mana silapnya?" Tulisan ini dipetik dari blog Dr. Dzulkifli Ahmad dan ianya juga tersiar pada website Malaysian Insider, 30 Jun 2009.

JUN 30: Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan ’gag order’ yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai ’ menentang arus’ dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.

Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.

Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan secara lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan secara pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya. Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya. Sebelum itu beberapa ‘caveat’ atau peringatan awal.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau ‘ijtihad politik’ dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul. Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya ‘ijtihad’ politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala’ atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini. Sebabnya? Jelas dalam hal ’pandangan politik’ seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan RasulAllah (saw) sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat. Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh RasulAllah (saw) dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari ’pandangan’ Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya “fainna haza laisa bimanzilin” – ”Ini bukan kedudukan yang paling strategik”.

Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika RasulAllah (saw) berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala’ dan tidak mentaati Rasul Allah (saw). Sayugia bagi semua mengambil faham.

Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa disebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaiki demokrasi dalam pendekatan KP ini.

Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.

Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada ‘pembangkang’, kerana kesemuanya ’memerintah’ dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.

Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai ‘utopian’ atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.

Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.

Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.

Pertama:

Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah ‘Sistem 2 –Parti’ yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi ’pundit politik’ sebagai satu ’Retrogression’ atau ” Songsang” dan ’Berpatah-Balik’. Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau ”political trajectory of a new Malaysia”.

‘Sistem 2-Parti’ sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat. Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini. Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).

Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini. Ingat PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihanraya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan ‘semak-imbang’ demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.

Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.

Kedua:

Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat. Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah ‘maslahah’ yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.

Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan ‘mafsadah’ atau ‘kemudaratan’ perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti. Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjaungan parti.

Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut. Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan ’PAS Untuk Semua’ itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu retorik kosong.

Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan plihan raya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini. Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini. Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70 peratus bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60 peratus Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50 peratus di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.

Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:

“Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh” atau maksudnya “Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan”.

Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awal dan penting di segi perhitungan Syarak.

Bersandarkan kepada hujjah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima’iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan. Bayangkan bagaimana RasulAllah (saw) mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan –Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan ’Tajribah’ atau pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit samada ’bersama’ dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau ’bersaing’ dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.

Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang.

Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau ‘muzakarah’ tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb!

Ditulis Oleh DR DZULKIFLI AHMAD,
AJK PAS PUSAT & AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

17 ulasan:

penawarrindu berkata...

Memang kena mintak maaf pada Ust Nasah. Ust Nasha menjalankan tugas berbincang dengan UMNO tentang Kerajaan Perpaduan tapi telah dilapurkan macam hendak mengkhianati perjuangan PAS atau lapuran negatif terhadap beliau macam secret dealing?. Ini semua fikiran tiada sekolah politik dan strategi, takkanlah dok dalam ofis saja. Itu KPI dia , jadi dia buat kerjalah. Ingat mudah ke Nasha buat sesuatu sesuka hati apatah lagi tiada dapat kebenaran parti terutamanya Presiden dan Majlis Syura. Pemimpin kita boleh bercakap dengan sesiapa tapi keputusan muktamad bukan pada dia. Takkanlah ini pun susah nak faham, nak buat kerja siasah ni bukan pilihanraya atau minta sokong UNIDILAH PAS. Ini kerja prebet. Kerja Ust Nasha ni kerja jumpa pemimpin tertinggi parti lain dan bincang. Iniii pun kecoh ker tapi masuk parti siasah tapi suruh buat kerja dakwah saja? Suruh Ust Nsha masuk Tabligh lah kalau macam tu punya fikiran.

Ust Nasha telah dimanipulasikan oleh media tapi ahli PAS yang mudah melatah pulak, ada yang celaru dan diperhangatkan pula oleh ahli PAS yang menentang idea Kerajaan Perpaduan. Mereka lah yang telah mendesak dan memporak perandakan idea itu (baru ijtihad dah menolak sakan...pelik betul..langsung tiada adab terhadap idea TGHA) Saya menghormati kedua-dua Tuan Guru tapi pihak lain yang menyumbang kepada kegagalan UG ini akan penuh bertanggungjawab disisi Allah sebab tidak wala' pada Presiden. Presiden hanya melontarkan idea saja, tapi yang memecahkan ukhuwah bukan beliau. Terimalah balasan dari Allah SWT kerana menggagalkan UG yang membuka saluran dakwah yang lebih luas jika diizinkan Allah. Dan terima jugalah kesan akibat jika UMNO telah tersingkir dari diterima berbincang dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Siapa yang tidak tahu UMNO itu jahat? TGHA tidak tahu ke? Semua ahli PAS tahu tetapi kita wajib mencari kaedah terbaik mengembangkan dakwah dan idea TGHA adalah terbaik buat menghadapi keadaan semasa. Kalau idea pemimpin lain dia bukan Presiden, tunggu jadi Presiden dan ambil tanggungjawab sebenar. Idea TGHA mampu membuka laluan dakwah yang lebih luas pada PAS, oleh itu mengapa pula ianya ditentang? Adakah TGHA melontarkan idea UG ini untuk main acah-acah saja? Sekiranya pada sisi Allah kegagalan merealisasikan UG ini penyebab kemurkaanNya,maka PAS keseluruhan menerima padah. Faktor utama kegagalan ini adalah tiada wala' dari sebahgian ahli PAS. Bukankah kita membaca kisah peperangan uhud yang membawa korban yang besar kepada pihak Islam berpunca dari ketiadaan wala'. Apakah kita ahli PAS sudah lupa?

Ustaz Nasha sekadar dijadikan alasan saja untuk memulakan kemelut ini oleh pihak tertentu yang sengaja dan itu caranya, merekalah yang menimbulkan kesangsian ahli PAS terhadap beliau. Sebenarnya pihak itu tidak suka pada ijtihad Tuan Guru Hadi Awang. Itu saja. Pihak ahli PAS ini tidak wala' pada Presiden dan mereka berjaya memperalatkan TGNA. TGNA dapat dirasai ikhlasnya memberi pandangan yang berbeza. Ini diraikan oleh ramai pihak. Perbezaan ini dapat diselesaikan tetapi mengambil masa sepetimana isu 16 Sept dahulu, mengapa pula pada kali ini situasinya begitu mendesak, sehingga tiada ruang masa untuk beliau mendapat keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan. Ini kerja siapa, adakah pihak yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai keupayaan untuk meyakinkan TGNA? Sebenarnya inilah yang dikhuatiri oleh mereka. Maka masa tidak menyebelahi pihak yang menyokong UG ini, segalanya mendesak.

Saya yakin ianya boleh diatasi tapi kemelut ini telah dicetus pada kadar yang tidak memberi ruang dan sehingga mengheret TGHA ke Majlis Presiden yang sepatutnya tidak perlu terlalu awal untuk mereka masuk campur dalam urusan dalaman PAS lagi pun ianya tahap ijtihad. Maknanya keadaan dibuat jadi terlalu gawat oleh pihak yang menentang idea Kerajaan Perpaduan.

penawarrindu berkata...

Desakan dan kemelut dalaman PAS ini pula terus diperhangatkan lagi oleh media BN yang telah berjaya mempengaruhi majoriti ahli PAS yang sedang keliru sakan dan keadaan ini telah dimanfaatkan untuk mengheret dan memerangkap TGHA diselesaikan di Majlis Presiden apatah lagi dengan berbagai tekanan dan tohmahan terhadap Ust Nasha. Oklah kepada penentang ijtihad idea Kerajaan Perpaduan selamat berwala'kan pada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Majlis Presiden menggantikan Majlis Syura Ulama.

Perlu ingat majlis Presiden ini tidak menurut Al Quran dan Hadis, panduan syariat dan sunnah perjuangan Nabi s.a.w. Semua tahu tapi saku suka mengulanginya. Lepas ni kita lihat pula bagaimana parti PKR dan DAP mengorak langkah hendak MCA dan MIC terima idea Kerajaan Perpaduan/ atau idea lain rekaan mereka. Ahli mereka tidak akan mengkecohkan parti mereka sepertimana dilakukan oleh ahli PAS tiruan. Kedudukan sekarang PAS dan UMNO telah digam dari sebarang hubungan politik. Setahu saya berdasarkan pada bacaan politik pembentukan Kerajaan Perpaduan akan diteruskan pula oleh PKR dan DAP tapi kali ini tanpa PAS. Mahu tidak mahu dalam politik masing-masing mencari kekuatan sebab hendak mengembangkan pengaruh politik masing-masing oleh itu mereka tetap akan menyambut kerjasama dari MCA dan MIC jika ada. Hanya ahli PAS yang menentang Kerajaan Perpaduan ini saja pelik.

Wahai pihak yang menentang idea TGHA adakah anda bersetuju, PKR dan DAP mengepalai Kerajaan Perpaduan/atau apa-apa nama Kerajaan selepas ini? Jika kamu menolak idea TGHA sudah tentulah kamu selesa dengan idea parti lain itu, takkanlah tiada idea atau strategi politik dari PKR dan DAP selepas ini pula. Kan pelik berpolitik tanpa strategi politik, klau ada dimatikan pula? Ini ahli PAS ke ahli mana punya parti?

penawarrindu berkata...

Memang kita tahu ada ahli PAS hanya tinggal nama saja ahli PAS tapi wala' mereka pada pemimpin parti lain. Malah ada yang nampak saja bertembung tapi sebenarnya mereka bergabung dalam menentang idea TGHA. Ini baru peringkat ijtihad saja sudah berantakan dengan TGHA. Baru tahap idea saja belum jadi polisi dan dasar. Memang tepat kalau dipanggil sebagai sabotaj kepada idea Kerajaan Pepaduan.

Desakan dan kemelut dalaman PAS ini pula terus diperhangatkan lagi oleh media BN yang telah berjaya mempengaruhi majoriti ahli PAS yang sedang keliru sakan dan keadaan ini telah dimanfaatkan untuk mengheret dan memerangkap TGHA diselesaikan di Majlis Presiden apatah lagi dengan berbagai tekanan dan tohmahan terhadap Ust Nasha. Oklah kepada penentang ijtihad idea Kerajaan Perpaduan selamat berwala'kan pada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Majlis Presiden menggantikan Majlis Syura Ulama. Perlu ingat majlis Presiden ini tidak menurut Al Quran dan Hadis, panduan syariat dan sunnah perjuangan Nabi s.a.w. Semua tahu tapi saku suka mengulanginya. Lepas ni kita lihat pula bagaimana parti PKR dan DAP mengorak langkah hendak MCA dan MIC terima idea Kerajaan Perpaduan/ atau idea lain rekaan mereka. Ahli mereka tidak akan mengkecohkan parti mereka sepertimana dilakukan oleh ahli PAS tiruan. Kedudukan sekarang PAS dan UMNO telah digam dari sebarang hubungan politik. Setahu saya berdasarkan pada bacaan politik pembentukan Kerajaan Perpaduan akan diteruskan pula oleh PKR dan DAP tapi kali ini tanpa PAS. Mahu tidak mahu dalam politik masing-masing mencari kekuatan sebab hendak mengembangkan pengaruh politik masing-masing oleh itu mereka tetap akan menyambut kerjasama dari MCA dan MIC jika ada. Hanya ahli PAS yang menentang Kerajaan Perpaduan ini saja pelik. Wahai pihak yang menentang idea TGHA adakah anda bersetuju, PKR dan DAP mengepalai Kerajaan Perpaduan/atau apa-apa nama Kerajaan selepas ini? Jika kamu menolak idea TGHA sudah tentulah kamu selesa dengan idea parti lain itu, takkanlah tiada idea atau strategi politik dari PKR dan DAP selepas ini pula. Kan pelik berpolitik tanpa strategi politik, klau ada dimatikan pula? Ini ahli PAS ke ahli mana punya parti?Memang kita tahu ada ahli PAS hanya tinggal nama saja ahli PAS tapi wala' mereka pada pemimpin parti lain. Malah ada yang nampak saja bertembung tapi sebenarnya mereka bergabung dalam menentang idea TGHA. Ini baru peringkat ijtihad saja sudah berantakan dengan TGHA. Baru tahap idea saja belum jadi polisi dan dasar. Memang tepat kalau dipanggil sebagai sabotaj kepada idea Kerajaan Perpaduan.

DAP Sudah memulakanya di Kedah, harap Dzul dan Termizi Mat Jam Sedar dan insaf.

Gedung Akal berkata...

Tuan,
Sangat setuju dengan pandangan tuan.
Mudah-mudahan dapat rungkaikan salah faham dan yang paling penting jemaah perlu terus bergerak ke hadapan bukannya mengundur ke belakang.

Tanpa Nama berkata...

Doktor Dzul dan Termizi nampaknya kena jawab.
Apasal Termizi kebelakangan ini agak 'segan' melontarkan pandangan sendiri terhadap isu semasa - asyik kopi dan paste artikel orang lain saja?

mulutlancang berkata...

Penawar rindu, engkaulah peracun kalbu!Bawalah Nasha bersama mu pergi masuk gaung Umno!

mulutlancang berkata...

Aku dpt ni drp komen albanjari :

Ada tak cerita sahabat yang berbohong di zaman Nabi dulu dan kemudiannya kantoi? Nak tahu juga apa tindakan yang diambil Nabi pada sahabat ini. Kalau ada lah.

Rasanya itu lebih relevan dengan keadaan sekarang ini. Soal wala' sebenarnya tidak timbul tetapi soal pemimpin berbohong yang menjadi puncanya. Bagaimana hendak wala' pada pemimpin yang berbohong?

Pada saya pemimpin sebegini memperlekehkan penyokong bawahan bahkan mereka ini terlalu angkuh dan sombong kepada orang-orang yang memberi kepercayaan kepada mereka.

Sedikit pun tidak menampakkan rasa bersalah sehingga tidak mengambil tanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Minta maaf pun tidak, apatah lagi untuk menawarkan meletak jawatan sebagai meredakan kemarahan ramai.

Apakah teramat penting Mustafa Ali dan Nasha berbanding keharmonian parti? Tidakkah mereka sanggup untuk meletak jawatan demi parti? Sekurang-kurangnya jika mereka berdua ini meletak jawatan, Hadi boleh kekal menjadi presiden dan kemarahan ramai menjadi reda. Inilah dia sikap mementingkan jawatan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS sekarang.

Inilah dia persamaan mereka dengan para pemimpin UMNO. Kepentingan diri mengatasi segalanya.

By : ABGJOE

Tanpa Nama berkata...

macai umno taghut sebut TGHH sebagai Hadi shj.....apalah pelik klu mereka ini sindir dan perlekeh TGHH.

ahli PAS tahu hormat pd TGHH dan TGNA.

SDr Tarmizi, yg PELIK adalah kenapa sdr sebagai warga dalaman Harakah boleh siarkan artikel dr zul sedang Harakah sendiri tarikbalik?

yg PELIK adalah kenapa warga Harakah masih bekerjasama dgn mat sayuti omar yg kurang ajar kpd TGNA dlm klpos.com.....terbaRU KLPOS.COM 29 JUN?

YG pelik KENAPA warga pejabat agung PAS dan kalangan setengah PR lain mesra dgn minaqjinggo yg seringperlekeh pimpinan Pas dan PR........terbaru postingnya 30 jun?

klu macai umno taghut biadap pd TGHH dan TGNA itu tak pelik.

yg pelik bila ahli Pas sokong tulisan dan tindakan yg boleh gugat keutuhan jemaah!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dr. Dzul salah membuat perbandingan isu perbezaan pendapat antara rasululah dan sahabat kerana mereka masih membuat keputusan bersama2 dgn jemaah. Walhal kemelut tindakan Dr. Dzul dan rakan2nya bertentangan dgn akhlak berjamaah dan membawa kpd bibit2 perpecahan.

TBO berkata...

salam TMJ

He he rileklah kalau professional yg mengeluarkan pendapat walaupun selari dengan Quran dan sunnah ianya pemeceh belah jemaah, kalau pimpinan dari kalangan ulama walaupun bertujuan memecahkan jemaah ianya wala dan jangan disoal.

Tanpa Nama berkata...

salam,

Pada saya blog ini baik untuk kita menilai pandangan dari semua pihak. Abu Razeen dan Penawar Rindu macam "terkena kat batang hidung" dia bila tidak senang dengan hujah Dr Zul.

Sedangkan polis pencen juga menghentam tulisan Dr Zul dan disiarkan di bawah posting ini tidak disentuh oleh Abu dan Penawar.

Isunya, seperti kata pemimpin utama PAS, ia hanya lontaran idea Presiden PAS sebagai bahan akademik. Tentunya ada pro dan kontra.

Setakat ini, UG tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat PAS Pusat seperti kata Ustaz Halim Rahman. Tiada keputusan dari PAS. Maknanya, siapapun bebas untuk memperkatanya.

Penyokong TGHH jangan marah. Dan TGNA jangan marah. Kalau perkara itu sudah diputuskan, maka barulah orang yang menulis, menyiar atau menyebarkan tulis itu dianggap tiada wala' atau apa sajalah label yang buruk boleh dikenakan jika ianya syarie.

Abu Razeen tak perlu mempersoalkan pemilik blog ini. Siapalah dia jika dibandingkan dgn Dr Dzul, TGNA, 10 MP PAS, Dewan Muslimat dan suara majoriti yang menentang UG selama ini.

Sepanjang ingatan saya, Temizi tidak pernah menentang UG. Cuma beliau melihat kenapa agenda begini besar tidak dibincang dalam mekanisme parti yang sedia ada. Seperti yang diungkapkan oleh Ustaz Halim itu.

Saya mungkin antara orang yang setuju dan mahu PAS bincangkan agenda ini dalam Dewan Harian dulu. Kemudian bawa ke JK Pusat. Lepas itu dalam Muktamar Khas dan akhir sekali Msjlis Syura buat keputusan.

Apa yang terjadi tidak begitu. Jumpa umno senyap-=senyap satu hal, tetapi agenda ini mesti dijadikan agenda jamaah bukan hanya agenda beberapa kerat pemimpin.

Maaf Termizi sebab babitkan ente dalam komen saya ini. wassalam.

Syukor Mohd Ghazali
Bandar Tun Razak

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa cadangan yang melibatkan implikasi besar boleh dibuat, tapi perlulah mengikut kaedahnya iaitu diusul, dibahas dan diputuskan secara syura. Bukannya di dalam situasi yang menimbulkan fitnah mcm berkhalwat dalam gelap. siap bohong dan ancam saman pulak tu, bila kantai tiada tanda kesal atau maaf, inilah menimbulkan konflik dalaman tempoh hari.

PASif

Tanpa Nama berkata...

Nash Ar-Rawy

Salaam!

Sebenarnya di dalaam apa-apa pun dalam Jemaah Islam rujuklah dulu pada Badan Tertinggi di dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulamk yang di pengerusikan oleh Mursyidul Am.

Itulah sebenar displin dan etika kepemimpinan di dalam Gerakan Islam tiada terkecuali di dalam isu UG!

Pernah kah ianya di bahaskan melaui satu 'Blue Print' di dalam AJK Pas Pusat, Dewan-m Dewan dan Kawasan-Kawasan sebelum 'Blue Print' tersebut di bahas-semula dan Majlis Syura Ulamak membuat keputusan setelah berbincang pula dengan Sekretariat Majlis Presiden terlebih dahulu; justeru itu kebiadapan boleh berlaku di mana, di mana.

Apa perlunya dalam kepemimpinan Ulamak dan apa fungsnya pula ada Mursyidul Am .Tepuk dada tanya iman kerna Iman mengatasi akal yg bisa dipengaruhi nafsu .

(www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Tanpa Nama berkata...

penawarrindu,

1. menafikan pertemuan dengan umno.
2. turut dinafikan oleh mahfuz sbg ketua penerangan.
3. paklah mendedahkan dah TIGA kali bertemu pas.
4. mahfuz memohon maaf kerena mempertahankan PEMBOHONGAN.
5. dijaja pula mendapat restu majlis syura.
6. mursyidul am tak tahu menahu, tapi timbalan tahu?
7. PEMBOHONGAN kedua.
8. turun padang jaja pula perlu wala'.
9. tindakan mempertahankan PEMBOHONGAN.

prebet

Tanpa Nama berkata...

penawarrindu,

ambo tak respect dah pada nasa ni, mintak maaf je laa

prebet

Tanpa Nama berkata...

penawarrindu,

ambo sokong beno2 saranan mulutlancang "engkaulah peracun kalbu!Bawalah Nasha bersama mu pergi masuk gaung Umno!"

prebet

Tanpa Nama berkata...

penawarrindu,

ambo dok akan pegang dah tangan nasa ni, tangan stopa ali, tangan mursyidul am, eh sori2, tgna aziz paling aku respek, tangan timbalan mursyidul am lah, ya tangan timbalan mursyidul am, tangan2 yang saaaaayang sangat kat umno. maaf ye, how can you expect me to respect LIARS?

prebet