KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 02, 2009

Apakah kabinet Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini menjadi kuasa pendesak terkuat dalam parti?

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Muslimat PAS Pusat telah melantik Kartini Ahmad sebagai Setiausaha yang baru bagi sesi 2009/2011 menggantikan Salbiah Abdul Wahab, yang kini diletakkan semula sebagai Ketua Penerangan. Sesi lalu, Salbiah adalah setiausaha dan sebelum itu disandang oleh Aiman Athirah Al-Jundi.

Exco Kerajaan Kelantan yang juga Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar dilantik sebagai Bendahari. Sementara Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahamod dilantik Pengarah Pilihan Raya.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa mengikut lajnah dan jabatan. Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihanraya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Pengkaderan, To’ Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim; Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah; Aiman Athirah Al-Jundi.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Kewangan disandang oleh Khadijah Mahmud; Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusuf; Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan; Dr Najihatussalehah Ahmad; Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Halimah Ali Abdullah.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Mastura Mohamad; Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun (HepDUN), Senator Mumtaz Md Nawi; Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar, Nurul Huda Yusof Rawa; Pengerusi Lajnah Pendidikan, Wardatul Jannah As-Sofea.

Bekas Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Azizah Khatib Mat dilantik Pengerusi Lajnah Pertanian dan Asas Tani; Pengarah Nisa’, Dr Rosni Adam, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Prof Rohaya Yaakob; Pengarah Muslimat Legal Team (MusLET), Hazizah Kassim dan Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Muslimat (JITM), Dr. Huda Abdullah.

Dr. Asiah Ali yang bertanding merebut jawatan Ketua Dewan Muslimat pada mukatamar baru-baru ini dilantik Timbalan Pengerusi Tarbiyyah & Pengkaderan; Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, Fatimah Wan Teh; Timbalan Pengerusi Ekonomi dan Kewangan, Puan Hawa Yaakob dan Timb. Pengarah Nisa’, Puan Muna Izzah Dato’ Fadzil.

Pada pemilihan lalu, Ustazah Nuridah Mohd Salleh kekal Ketua Muslimat. Manakala untuk Timbalan, Siti Zailah Mohd Yusof menewaskan penyandang Wan Hasrina Hassan. Bagaimanapun, Mumtaz Mohd Nawi menang tanpa bertanding untuk kerusi naib.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insya' Allah, ingat pesan saya, muslimat perlu berani menegur untuk memastikan pas berada di landasan yang betul.

khabarnya, stopa ali paksa nuridah sokong UG, betul ke? kalau gitu mana nak jadi pendesak? harap dak betul, kalau betul "lepaskan" cengkaman stopa ali dari muslimat. muslimat mampu dan perlu mengyahkan sebarang usaha supaya muslimat boleh dicicuk hidung.

ingat soalan mula2 yang dikemukakan, tak bolehkah muslimat menegur pemimpin? silakan, mesti ada bukti, lengkap dengan fakta. buat presentation supaya mudah diterima...

kawan arrawi