KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas 1, Yang Arif Puan Low Bee Lan telah menolak dengan kos permohonan Dr. Syed Husin Ali dan 8 lagi supaya dibatalkan perakuan pendaftaran nama pertubuhan Parti Rakyat Malaysia (PRM), 16 Julai lalu.
Tulisan Kehakiman akan dikemukakan. Walau bagaimanapun pemohon-pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.
Presiden PRM, Hassan Karim menyatakan permohonan bekas pemimpin PRM yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat itu untuk membatalkan pendaftaran PRM ditolak dengan beberapa sebab antaranya Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) telah membuat keputusan “tidak dapat diberi pertimbangan” terhadap permohohan pemohon untuk membubarkan PRM dalam surat jawapan kepada Dr Sanusi Osman bertarikh 11 Mei 2005.
Selain itu, pertimbangan membubarkan PRM tidak dapat diberi kerana undang-undang berdaftar iaitu Perlembagaan Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak mempunyai peruntukan membubarkan parti.
Dalam keadaan ini, tegas Hassan, Peruntukan 9(h) Akta Pertubuhan 1966 hendaklah dipakai jika PRM hendak dibubarkan. Peruntukan 9(h) menyatakan supaya satu mesyuarat khas ahli-ahli PRM diadakan dan usul pembubaran PRM mesti hendak dilulus oleh sekurang-kurangnya 60 peratus daripada semua ahli PRM. Bekas kepemimpinan PRM tidak mengadakan mesyuarat khas ahli.
"Sekiranya pemohon-pemohon tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan ROS, mereka hendak terlebih dahulu mengikuti Peruntukan 18 Akta Pertubuhan 1966 dalam tempoh satu bulan membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri setelah ROS menolak permohonan untuk membubarkan PRM, tetapi mereka tidak berbuat demikian.
"Pemohon-pemohon tidak ada locus standi kerana mereka telah meninggalkan parti menyertai PKR. Semasa membuat permohonan semakan kehakiman ini, pemohon bukan ahli-ahli PRM lagi," jelas Hassan dalam satu kenyataannya.
Pada 9 Januari 2006, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas 1, mendiang Yang Arif Datuk Ganga Dharan telah memberi satu perintah mandamus untuk mengarahkan ROS supaya menimbang dan membuat satu keputusan berdasarkan undang-undang yang sedia ada terhadap permohonan pemohon-pemohon melalui Borang 6 bertarikh 14hb April 2005 untuk membubarkan pendaftaran Parti Rakyat Malaysia.
Afidavit permohonan Dr Sanusi bin Osman dan 8 lagi untuk semakan kehakiman ini diikrarkan pada 26 September 2005.
Oleh sebab semakan kehakiman tersebut melibatkan kepentingan dan hak kebebasan berorganisasi ahli-ahli PRM, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil yang sama telah meluluskan permohonan 10 orang ahli PRM untuk mencelah dalam proses semakan kehakiman ini pada 9 Januari 2007.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan