KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 03, 2009

Tidak puas hati isu babi, DAP Kedah bertindak keluar Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008, lapor G Manimaran.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang 1 Julai. Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam. Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah. Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu. DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

"Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Pusat DAP, Teresa Kok ketika ditemui di lobi Parlimen memberitahu, beliau menyedari tentang keputusan tersebut sebentar tadi.

"Mereka mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul... DAP Kedah mendapati banyak masalah masyarakat bukan Melayu tidak diselesaikan," katanya.

Ketika ditanya sama ada DAP akan membincangkan isu itu dalam waktu terdekat, Teresa memberitahu, perkembangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di sini 2 Julai.

4 ulasan:

Tok Pambu berkata...

PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

Tanpa Nama berkata...

hang tau pa...x dengar dengan detail tu hang pakat tuduh orang ja.. dah pusat penyembelihan tu x dak lesen kena roboh la...klau ada lesen orang x kacau la nalapambu.mcam psat judi haram la.... lu pikir la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalu semua Exco Kedah pun terpaksa ikut cakap Azizan sampai tiada siapa berani yang "lebih" dari dia, macam mana pentadbiran nak cekap dan licin.

Orang Kedah tau lah hal ini. Terutama pimpinan PAS Kedah. Kalu lebih dijerkahnya saja.

Adun lagi la. AJK Perhubunganpun kecut perut. Nak lawan, tau dah akibatnya. Jadi semua dok pakat diam jer.

Ketua Ulama sesi dulu, letak jawatan. Sapa ka namanya, Ustaz Abdul Halim Rahman sebab kecewa dgn Azizan sbg MB tak buat apa untuk Islam.

Setakat DAP tu, diratahnya saja.

Tanpa Nama berkata...

ketua pemuda sepatutnya berwacana dengan pemuda2 pkr dan dap demi "memperkasakan pakatan rakyat." bukan wacana dengan pemuda umno, itu bukan move forward ustaz, ke belakang adalaa