KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 06, 2009

AMARAN: JK Disiplin PAS akan bertindak jika ada ahli yang singkap kembali isu Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin PAS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dalam parti yang membuka kembali perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pengerusinya yang juga Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah itu berasaskan penetapan yang dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar isu kontroversi itu dihentikan serta-merta.

Menurut beliau, penegasan itu hendaklah dipatuhi semua peringkat kepimpinan parti memandangkan penetapan yang disepakati kedua-dua pemimpin parti itu diterima baik serta berjaya meredakan ahli dan penyokong di seluruh negara.

"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli-ahli," tegas beliau dalam blognya.

Tambah Tuan Ibrahim, ingatan ini perlu dilihat secara serius memandangkan PAS telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan parti, dan sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana.

"Pandangan dan niat baik kita, belum tentu diterima baik oleh orang lain. Apatah lagi dalam suasana fitnah yang belum reda sepenuhnya ini. Saya peringatkan semua pihak, apa yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w tentang "Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya"," tambah beliau.

Ingatan Pengerusi Jawatankuasa Displin PAS ini dipercayai ditujukan kepada semua ahli parti yang sejak kebelakangan ini masih ada yang berminat untuk menimbulkan semula isu Kerajaan Perpaduan.

Pada 22 Jun lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diwakili Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersetuju menolak agenda Kerajaan Perpaduan, sebaliknya memperkukuhkan pakatan itu dengan menyifatkan ia suatu percubaan Umno untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Hari yang sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataannya sejurus perjumpaan khas dengan pimpinan tertinggi parti di Pejabat Agung PAS, mengambil keputusan sebulat suara menghentikan serta-merta agenda Kerajaan Perpaduan seperti mana yang telah dicapai oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib-Naib Presiden - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke nak ambil tindakan ni, ke ajah je? Kalau betul serius, sebagai permulaan cubalah selidik blog2 pemimpin PAS tu. Ke sekarang pimpinan PAS sudah jadi dayus? Nampaknya trend sekarang ni seperti tidak perlu lagi hormat pada PAS, cuma perlu fanatik kepada mana2 pemimpin atau Tok Guru saja.

romsam berkata...

Good move by Kedah DAP. If handled properly, this will strengthen Pakatan.

To begin with, this is a decision at a DAP state level, where they said they will listen to the center. They hedged wisely.

It illustrates DAP is willing to give up power to protest (one Dun, three councillors and 43 village appointments).

While MCA is happy to fan the fire, did MCA quit the BN government when BN did wrong?

It illustrates a single DAP Dun seat can rock the national coalition, strengthening DAP position in the eyes of voters, and reassuring DAP supporters who voted for PAS. A win for DAP.

Also a win for Pakatan because Chinese supporters of PAS can see effective protest by coalition partner DAP even if they voted in a non DAP seat.

Same logic for voters of other states that are not yet under Pakatan. It illustrates DAP needs to get more seats come the next election. Another win for DAP.

This is another blunder by the unpopular Kedah MB. It increases consensus within Pakatan and the excuse to remove him later. He is just digging his own political grave.

They should now just delay the abattoir demolition, find a temporary location, then find a good permanent location.

Pakatan will be strengthened tremendously if this is resolved properly.

julee berkata...

This country has racist laws that discriminate against minority citizens. Over the last 3 decades the discrimination has gotten from bad to worse.

The policies of this government reminds us of South Africa apartheid days which was condemned by all humanity.

I wonder how these racists can reconcile their actions with the tenets of their religion.

ruyom berkata...

The name Melayu is an Indian word to denote hills or mountain range. There is a place in South India called Melayur.

Indigenous people who marry Muslim Indians from Melayur identified themselves as Melayur.

Over time, as the Malay kingdom spead through insular SEA, the word Melayur became simply as Melayu.

If one were to do genetic test on the modern Malay in Peninsula Malaysia, they would invariably carry genetics from Indian to explain the darker complexion and kinky hair of most Malays as opposed to the Mongolid look of some Malays of original Malayo Polynesian, Dusun or Dayak stocks.

The real natives or indigenous people of the Peninsula Malaysia can be found in the Northern parts of Peninusla Malaysia apart from the aborigines.

Tanpa Nama berkata...

tiada lagi kebebasan bersuara padan muka lahhh

abdullahngah berkata...

jika ahli PAS singkap kembali kerajaan perpaduan JK disiplin akan ambil tindakan. Bagaimana dengan ketua penerangan Ustaz Idris Ahmad yang berkata TKO?

bagi saya TKO bermakna boleh buka semula isu kerajaan perpaduan. Lainlah jika KO yang bermakna tertutup rapat.

Kalau bertinju TKO boleh lawan semula. Jika KO tidak boleh lawan lagi sampai mati.

Saya difahamkan pemimpin PAS akan buka semula isu kerajaan perpaduan seperimana ketua pemuda yang ajak umno berwancana.

Manakala Nik Aziz pula ajak perdana menteri berdebat yang seolah olah akan bukan semula tali hayat kerajaan perpaduan.

Adakah ahli sahaja yang dipersalahkan dan para pemimpin tidak bersalah dalam kes itu. Kalau itulah yang dijadikan pegangan PAS hari ini sudah tentu ada persamaan dengan apa yang berlaku di Iran.

Pemimpin Maksum. Kalau itulah yang diamalkan oleh PAS sekarang tunggulah masanya akan akibatnya nanti.

Malaysia Hits berkata...

Amaran keras...

Tanpa Nama berkata...

"Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya"

ustaz, yang boleh mengejutkan fitnah bukan orang bawahan sepertimana yang telah berlaku.

apakah dalam pas turut ada dua set undang2, satu untuk yang berkuasa dan berotoriti dan satu lagi untuk ahli biasa?

fitnah tidak datang sendiri tetapi diundang oleh tindakan dan ucapan pemimpin.

selagi pas "menyimpan" mereka2 yang telah sanggup 'merimaskan' ahli2, selagi itulah fitnah menjenguk2 di pintu pas. selepas 22 jun, ketua pemuda pas terengganu membuat kenyataan bahawa perbincangan pas-umno perlu diteruskan. ini diikuti pula oleh wacana intelektual oleh ketua dpp.

fitnah ini akan terus merobek2 pas kerana ucapan dan tindakan pemimpin, bukan ahli biasa ustaz. umno adalah phobia kepada rakyat, apa untungnya pas nak berpeluk dengan umno. ahli2 biasa pas tak minat dengan umno tetapi ada segelintir pemimpin yang tergila2kan umno.

banyak pas perlu buat sebelum pru13, bukan hanya setakat memberi amaran. percayalah ustaz, ahli2 biasa tak kesah pun dengan amaran2 ini sepertimana tak kesahnya pihak kepimpinan? pemimpin kencing berdiri, ahli2 akan kencing berlari...

maaf ustaz...

Tanpa Nama berkata...

ustaz,

jk disiplin pertama-tama mesti siasat perkembangan dalam isu muzakarah.

1. apabila kecoh pasal muzakarah, kepimpinan nafikan termasuk oleh ketua penerangan pada waktu itu, mahfuz omar.

2. apabila paklah mendedahkan sudah TIGA kali pas bertemu umno, ketua penerangan, mahfuz memohon maaf secara formal kerana menafikan pada mulanya.

3. sedangkan mereka yang terlibat menjaja pula pertemuan direstui oleh majlis syura ulama. mereka yang terlibat TIDAK pernah memohon maaf, seolah2 semua ahli2 pas bodoh dan dungu belaka atau semua di belakang mereka kerana telah wala' kepada kepimpinan. WALA' kemudiannya dijaja selepas alasan "direstui majlis syura" tidak mendapat tempat di hati ramai ahli dan akar umbi.

amaran jk disiplin akan hanya menjadi momokan sahaja. kita sangat2 hendak melihat mereka2 yang "mengejutkan fitnah yang sedang tidur" ini dihukum. jangan jadikan jk disiplin pas seiras jkd umno.

bohong bukan ciri kepimpinan ustaz. tetapi itu lah yang telah berlaku. maka amatlah wajar tugas pertama jk disiplin pas adalah untuk membersihkan pas dari anasir2 jahat yang cuba menukar dasar islam pas kepada melayu pas. dan cuba pula ditumpang sekaki oleh beberapa kerat kalangan yang bergelar ulama. maaf ustaz. hati ini terlalu sakit dengan perbuatan mereka. "demi parti", "demi parti" ustaz, jk disiplin perlu bertindak segera dan tegas. "demi parti" stopa ali dan nasa serta beberapa kerat ulama yang mengharapkan tempias dari stopa dan nasa (yang kuat melolong menjelang muktamar lalu bahawa 'kepimpinan ulama' tercabar), dihukum. apapun keputusan jk disiplin, ustaz sudah tentu dapat hidu kehendak ahli2 yang dalam "kerimasan" terhadap mereka yang bukan sahaja mengejut malah menjemput fitnah ke dalam rumah tangga pas. begitulah bijaknya kepimpinan pas selepas muktamar 55. hanya pandai bercakap "jangan biar ular menggigit kita di lubang yang sama dua kali" tetapi tindakan "mempelawakan ular yang sama menggigit di lubang yang sama berulang kali" menjadi pegangan. tidak keterlaluan ustaz, jika tidak dibendung, mereka ini akan memberi seluruh badan untuk digigit aneka jenis ular.

maaf ustaz...

KZSO berkata...

hahaha... betul ker akan diambil tindakan? kalau dengan ahli sendiri ambil tindakan tapi bila dnerdpan dengan dap jadi dayus lak.... mana perjuangan islam pas yang diterapkan oleh para kepimpinan pas dahulu... mana dia negara islam yang kita nanti-nantikan? mana dia perjuangan? mana dia kebenaran? takbirrrrr!!!

Tanpa Nama berkata...

kzso,

adik beradik ngan mso, tak pun SATU spesis

Tanpa Nama berkata...

Hot News !!!!!!!!

Sugumaran Periasamy, Political Secretary to M.Kulasegaran also the well known and upcoming political icon in Perak DAP is planning to convert into islam due to family crisis. He made the decission after the family members of his ex-wife refuse to allow him to visit his 8 years old boy and 3 years old daughter. Sugumaran started to voice out his visiting rights over his kids to many of his family members but everything went against him. Source told, the crisis get worst after many of his close friends get involved into his personal matter. After struggling for 2 months, Sugumaran decided to convert immediately to islam because he wanted to have pure and truthful life with his kids. He finds that only Islam can help him and give the priority to his demands.

Will DAP support Sugumaran on this matter?

Unknown berkata...

hmm..PAS kena tegas jangan sampai celaru cam hari tu...kita dakwah jer cara lain spt. debat/forum/seminar dgn UMNO..secara berdepan, tegas tapi berhemah ler, penuh adab...& tak payah ada rundingan gelap..nanti semua kita dlm PR rugi ..kot nanti yg untung UMNO-BN gak.

ALI MAIDIN berkata...

ye ke?????????

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,
Sekiranya ahli Pas singkap kembali mengenai Unity Gov, apa yang Jawatankuasa Disiplin boleh buat? Gugurkan keahlian? Mampu dan wajarkah PAS berbuat demikian?

Di harap pucuk pemimpin jangan cepat melatah dan memberi amaran. Ahli di zaman ini bukan lagi jenis yang menurut sahaja kata pemimpin, mereka mahu suara mereka di hormati dan di dengari. Mereka tak perlukan parti, tetapi partilah yang memerlukan mereka. Jadi, pemimpin haruslah mentadbirkan parti secara bijaksana.

Pemimpin PAS harus ambil perhatian tentang perkara tersebut.

Di akhir kata, sekarang ahli bijak berhujah adalah di sebabkan mereka telah belajar dari pemimpin2 yang sering berhujah walau pun ada kalanya hujah itu berdolak dalik.

Guru mengajar, murid belajar.