KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 02, 2009

Kenapa Dr Dzulkefly Ahmad memilih jalan biadap dalam Jamaah? - polispencen

"PERTAMA saya minta maaf sekiranya tulisan saya juga ‘semacam’ biadap dengan AJK PAS Pusat.

Saya membaca satu artikel daripada Harakahdaily bertajuk Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya? Yang ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad yang diterbitkan pada hari ini Jun 30, 2009 jam 12:08 tgh.

Saya juga merujuk kepada laman beliau http://drdzul.wordpress.com dan mendapati artikel ini juga dipost semalam.

Terfikir saya, apakah Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai password admin untuk membuat posting dalam Harakahdaily? Jika tidak, memang pun tidak kenapa artikel ini semacam cepat aje diposting di blognya dan juga Harakahdaily?

Saya cuba meneka mungkin ada “orang-orangnya” yang begitu rapat dengan beliau dan pasti akan menolong memastikan artikel ini akan terbit dengan segera, sedang beberapa hari lalu saya menulis mengenai Harakahdaily yang lembab dan pernah tidak mengemas kini lamannya selama 2 hari.

Artikel saya mengenai perkara ini boleh dibaca di http://polispencen.blogspot.com/2009/06/harakahdaily-masih-lembab-dan-belum.html

Sepatutnya isu Kerajaan Perpaduan telahpun ditutup kemas dan rapi dengan semuanya pimpinan berlapang dada tentang khilaf ini. Sama juga dengan isu pertemuan dengan UMNO beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang ke-12. Tapi malangnya masih ada yang mengapikan-apikan perkara sehingga berlarutan sampai sekarang.

Saya mengambil petikan pertama dalam artikel Dr Dzulkefly: Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu."

Ayat pertama dalam artikel ini menunjukan ada “banyak pihak” yang mendesak penulis untuk tidak membisu.

Saya ingin bertanya kepada Dr Dzulkefly, banyak pihak itu siapa? Tuan Guru Mursyidul Am ke? Atau ada orang luar selain daripada TGNA?

Di mana Dr Dzulkefly dengan Jamaah PAS? Siapa pimpinan Dzulkefly dalam PAS. TGHA atau TGNA? Atau ada yang lain? TGNA telah berlapang dada dalam hal ini, kenapa tidak sukakah TGNA berlapang dada? Banyak persoalan bermain dalam kepala saya hanya penulis yang boleh menjawab.

Dr Dzukefly juga ada menulis: "Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini."

Gagasan Kerajaan Pepaduan sebenarnya ditimbulkan oleh TGHA semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. TGHA sudah menyebut sudah tidak releven dengan Najib. Penegasan berlaku dalam banyak ucapan dan kenyataan rasmi, kenapa ada yang membuatkan seolah-olah mereka ini mahu masuk UMNO?

Ini bukan soal wala’ atau tidak wala` sepatutnya perkara ini ditutup dan semua pihak berlapang dada. Kalau dibangkit semula untuk berhujah akan ada kupulan yang menyokong UG akan mengemukan hujahnya, sampai bila isu ini akan selesai?

Kenapa Dr Zulkefly memilih untuk mengapi-apikan semula isu ini. Apakah sebenarnya motif penulis dalam hal ini?

Saya ambil satu lagi petikan tulisan penulis: "Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul."

Penulis nampak macam mantang dalam membuat penilaian situasi. Tapi malang bodoh dan emosi dalam menegakkan pandangan tanpa mengira situasi. Penulis boleh menyebut “ini bukan persoalan halal-haram, atau betul-salah” tapi penulis menjadi kurang mengerti mengenai “pendamaian” dalam masalah Kerajaan Perpaduan antara TGNA, TGHA dan Ustaz Nasharuddin dan seterusnya mematikan isu ini.

Kalau penulis bukan bodoh bermakna penulis berniat sesuatu yang tidak baik untuk mengungkit perkara ini bagi mendapatkan satu natijah daripada pertelingkahan kepimpinan dalam PAS.

Sebelum ini saya juga menulis mengenai penglibatan penulis yang mengambil jalan yang mengeruhkan suasana dengan membuat kenyataan di Sidang Parlimen dengan 10 MP yang lain. Tulisan saya boleh dirujuk di 10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?

Saya berpendapat penulis sengaja memperbodohkan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan hujah-hujah akal dan agama seolah-olah TGHA tidak tahu mengenai 'ijtihad politik', strategi dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Penulis mengambil jalan terbuka untuk menyerang mereka yang tidak sehaluan dengan mengelirukan fakta dan maklumat serta memainkan sentimen pengundi dan masyarakat yang sedang mencari kebenaran. Penulis menolak dan mengenepikan jalan musyawurah. Kenapa?

Saya tidak berniat untuk memanjang lagi perkara ini dengan petikan-petikan lain, sekadar saya nak maklumkan artikel ini telah dikeluarkan oleh Harakahdaily sekitar jam 5.30 petang tadi.

URL ini sudah tak boleh diakses http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21483&Itemid=1

Walau bagaimanapun saya terlintas semasa membacanya untuk membuat salinan. Rupa-rupanya artikel ini ada sesuatu yang tidak baik di sebalik penerbitannya. Ya kita akan melihat sejauh mana perjalanannnya. Jangan kita biadap dalam berjamaah..

Ditulis Oleh POLISPENCEN dipetik dari blognya
http://polispencen.blogspot.com/

3 ulasan:

DPPK LUMUT berkata...

polispencen,

benar isu UG dah tutup,tapi jangan tutup perbincangan akademik mengenainya.

siapa pun berhak bincang asal tidak 'mencincang'.

Nash Ar-Rawy berkata...

Salaam!
Sebenarnya di dalaam apa-apa pun dalam Jemaah Islam rujuklah dulu pada Badan Tertinggi di dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulamk yang di pengerusikan oleh Mursyidul Am .Itulah sebenar displin dan etika kepemimpinan di dalam Gerakan Islam tiada terkecuali di dalam isu UG ! Pernanah kah ianya di bahaskan melaui satu 'Blue Print' di dalam AJK Pas Pusat, Dewan-m Dewan dan Kawasan-Kawasan sebelum 'Blue Print' tersebut di bahas-semula dan Majlis Syura Ulamak membuat keputusan setelah berbincang pula dengan Sekretariat Majlis Presiden terlebih dahulu ; justeru itu kebiadapan boleh berlaku di mana, di mana . Apa perlunya dalam kepemimpinan Ulamak dan apa fungsnya pula ada Mursyidul Am .Tepuk dada tanya iman kerna Iman mengatasi akal yg bisa dipengaruhi nafsu .(www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Tanpa Nama berkata...

polis pencen,

kalau dah pencen buat cara pencen. kalau nak berpolitik buat cara nal berpolitik. jangan nak berpolitik perangai polis pencen.

polis pencen perasan dak urutan peristiwa yang disenaraikan oleh prebet seperti di bawah? rasanya askar pencen lagi baik pemerhatiannya dari polis pencen.

1. menafikan pertemuan dengan umno.
2. turut dinafikan oleh mahfuz sbg ketua penerangan.
3. paklah mendedahkan dah TIGA kali bertemu pas.
4. mahfuz memohon maaf kerena mempertahankan PEMBOHONGAN.
5. dijaja pula mendapat restu majlis syura.
6. mursyidul am tak tahu menahu, tapi timbalan tahu?
7. PEMBOHONGAN kedua.
8. turun padang jaja pula perlu wala'.
9. tindakan mempertahankan PEMBOHONGAN.

prebet