KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 20, 2009

Misteri kematian Teoh: Tubuh Suruhanjaya DiRaja segera dan gantung semua pegawai SPR terbabit! - Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR: PAS menuntut pengantungan tugas Ketua Pengarah, Pengarah siasatan SPRM, Pengarah SPRM Selangor dan pegawai SPRM yang bertugas dalam siasatan ke atas mendiang Teoh Beng Hock, 30, sepanjang siasatan.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar juga mahu satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes kematian mendiang Teoh yang berada dalam siasatan dan jagaan SPRM mesti ditubuhkan segera.

Katanya, siasatan ini perlu di buat oleh suruhanjaya bebas dan bukannya Polis kerana banyak kes kematian didalam lokap polis yang masih belum terjawab dan antaranya kes kematian A Kugan. SPRM perlu disiasat oleh suruhanjaya bebas ini dan penyiasatan yang meliputi seluruh aspek mesti dilakukan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan satu sidang khas Parlimen mesti diadakan segera untuk membincangkan intigriti SPRM yang terlalu buruk dan menjijikkan. Ini kerana ianya adalah satu keperluan yang mendesak disebabkan belum sampai setahun rang undang-undang SPRM berjalan dengan harapan imej negara akan pulih.

"Ini juga menunjukkan amalan rasuah amat meluas oleh kerana BPR ketika itu telah dilihat ditunggangi oleh parti pemerintah. Dakwaan tidak berasas dikenakan apabila melibatkan ahli politik dari pembangkang, tetapi kes seperti Dato' Seri Mohd Khir Toyo dilihat SPRM tidak langsung menyiasat.

"Dengan apa yang berlaku telah memalukan Yang DiPertua Agong dan juga Parlimen yang telah meluluskan bidang kuasa baru SPRM. Oleh sebab itu sidang khas parlimen perlu diadakan segera dan Dato' Seri Mohd Najib Razak perlu juga segera balik untuk membuat keputusan terhadap sidang khas tersebut," tegas beliau kepada Harakah.

Jelas Mahfuz lagi, tindakkan SPRM menyoal siasat dalam tempoh waktu yang panjang dan hingga ke awal pagi adalah satu penderaan mental yang membawa kesan pada fizikal menjadi lemah dan tindakan ini menyalahi etika, amalan dan prinsip hak asasi manusia.

PAS katanya, tidak menolak kemungkinan penderaan itu memandangkan sebelum ini beberapa orang penyokong Dato' Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa disoalsiasat dilakukan ke atas mereka berkaitan kes rasuah melibatakan Norza.

"Dengan kes kematian Teoh, telah menimbulkan banyak persoalan intigriti SPRM apatah lagi siasatan itu dibuat dalam kes yang berkaitan dengan politik.

PAS juga menyifatkan kematian Teoh menunjukkan SPRM tidak memberikan perlindungan keselamatan ke atas mendiang dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan secara bebas.

PAS memandang serius isu kematian Teoh, Setiausaha Politik Exco Kerajaaan Negeri Selangor 16 Julai lalu parti itu mahu SPRM dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kematian Teoh.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Majlis Peguam serta 16 NGO juga menuntut Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu.

Mereka turut mendesak supaya pengerusi SPRM, Datuk Ahmad Said dan semua pegawai SPRM yang menyoal siasat Teo digantung serta-merta sehingga selesai siasatan Suruhanjaya DiRaja tersebut.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh. Gesaan yang sama turut dibuat oleh Kerajaan Selangor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam satu kenyataan bersama 17 Julai lalu, Majlis Peguam dan NGO berkenaan juga mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya memohon maaf kepada keluarga Teoh berhubung kenyataannya yang bersifat spekulatif seolah-olah mangsa mati kerana terjun dari bangunan.

4 ulasan:

Khairil Azuar berkata...

Sepatutnya institusi yang melibatkan kepentingan rakyat semua seperti polis, tentera dan SPRM perlu diletakkan dibawah Parlimen yang dipantau oleh PM dan Ketua Pembangkang. Bukan diletakkan dibawah satu kementerian kerajaan, ini kerana disebabkan apa sahaja kes yang melibatkan orang penting dalam kerajaan, siasatannya akan menjadi berat sebelah untuk melindugi.

Kalau kes-kes melibatkan pembangkang ataupun musuh-musuh kerajaan maka siasatannya akan berat sebelah juga.

http://www.khairilnotkhairy.blogspot.com/

abdullahngah berkata...

saya aku SPRM punya kewibawaan, tetapi tidak punya integriti apabila melakukan sisatan semua kes yang dikendalikan selama ini.

SPRM ada "tuan" maka telunjuk tuanyalah wajib diikut. Itulah kompas yang dipakai.

Oleh itu tidak hairan dengan kematian orang yang disiasat kerana mereka boleh buat apa sahaja untuk mencapai matlamat iaitu prestasi diutamakan dan rakyat didahulukan.

Prestasi diutamakan pada mereka yang berkuasa, rakyat didahulukan asalkan dapat kumpul harta sepertimana yang dilakukan pada rakyat Manek Urai dalam pilihanraya kecil baru baru ini.

Kita sedia maklum apabila kes yang membabitkan puak puaknya tiada kes dapat dibuktikan. manakala pembangkang SPRM terjun tidak bertangga. Macam kilat turun menyiasat miskipun tiada sebarang aduan.

Apabila puak puaknya disembunyikan, mala fail fail siasatan turut dibakar.

Tanpa Nama berkata...

Ada yang kurang dengan Nazri ni, beliau mengingatkan agar kes ini jangan di jadikan kes perkauman. Butakah dan pekak kah beliau, bukan kah yang meminta di ujudkan komission di raja itu terdiri dari rakyat yang terdiri dari berbagai bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pembaca, sila layari laman web ini untuk mencuba menambah pendapatan anda.


http://www.perigiduit.com/?ref=acv3806