KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional menjelaskan secara terbuka ke manakah lesapnya wang berjumlah RM253.6 bilion yang telah dibayar oleh Petronas kepadanya sejak enam tahun yang lalu, sejak 2004, lapor Irwan Muhamad Zain.
Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar menegaskan wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan untuk merangsang ekonomi negara dan mengatur langkah untuk mengelak dari turut sama terkena krisis ekonomi yang sedang melanda seluruh dunia sekarang.
Mengulas tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam blognya www.chedet.cc yang mempersoalkan ke manakah wang yang dibayar Petronas sejak enam tahun lalu dibelanjakan, kini timbul persoalan besar.
"Ia suatu jumlah yang besar. Dengan wang sejumlah itu ia sepatutnya boleh digunakan untuk mengatur langkah bagi mengelak krisis ekonomi yang melanda dunia. Wang itu juga jika BN cekap mentadbir boleh digunakan untuk merangsang ekonomi negara demi kebaikan rakyat bukan hanya kepada kroni.
"Malangnya dalam tempoh tersebut, kadar kemiskinan terus meningkat dan tidak nampak sebarang bentuk pembangunan dalam bentuk fizikal," tegas beliau.
Mahfuz mempersoalkan peranan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam tempoh enam tahun itu yang membiarkan saja pembaziran dan salah urus tadbir negara dilakukan sewenang-wenangnya.
Najib, tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sepatutnya menyekat sebarang salah urus tadbir negara jika benar beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Pendedahan yang dibuat oleh Tun Mahathir tersebut, tegas Mahfuz, membuktikan satu lagi salah urus tadbir negara yang dilakukan oleh Umno dan BN.
Wajar bagi rakyat kata Mahfuz untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti dan ia harus dimulakan dengan menolak parti itu pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti, akibat kecuaian melampau sehingga Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas mempersoalkan perbelanjaan duit tersebut.
Tun Dr Mahathir menerusi blognya telah mempertikaikan ke manakah wang berjumlah RM253.6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan dibelanjakan. Sebagai Perdana Menteri, Najib dipercayai tahu ke manakah duit tersebut di belanjakan dan pertanyaan Tun Mahahthir itu juga memberi signal jelas, sesuatu yang tidak elok telah berlaku ke atas duit sebesar itu.
Dalam tempoh enam tahun selepas Tun Mahathir melepaskan jawatan, bekas Perdana Menteri itu menegaskan pembayaran yang dibuat oleh Petronas telah meningkat dari RM168.8 bilion sejak 1981 hingga 2003 kepada RM253.6 bilion dari tahun 2004 hingga 2009.
Beliau membuat kenyataan tersebut sehari selepas Petronas mengumumkan pembayaran sebanyak RM30 bilion dividen kepada kerajaan dalam tahun kewangan berakhir Mac 2009. Kini timbul persoalan, apakah benar Tun Mahathir selaku Penasihat Petronas tidak tahu ke manakah duit sejumlah itu dibelanjakan atau ia sekadar signal untuk "memukul" Najib atas sebab-sebab tertentu?

1 ulasan:
benda2 macam ni lah yang ahli pas persoalkan "fitnah yang sedang tidur" kenapa dikejutkan? burk gitu perangai, ada hati nak bincanglah, wacanalah dengan umno. senak perut dibuatnya.
janganlah nak blamekan media putarbelitlah, spinninglah, ghimagajahlah, sebab kita yang gi kejut "fitnah yang sedang tidur." jangan tuding jari kat orang, salah sendiri nak letak kat mana?
Catat Ulasan