KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 20, 2009

Anwar mahu SPRM jelaskan misteri kematian Teoh


SHAH ALAM: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) wajib menjawab kes kematian Setiausaha Exco Kerajaan Negeri, Teo Beng Hock yang ditemui di bangunan Plaza Massallam, Shah Alam.

Beliau menggesa pimpinan SPRM negeri Selangor dan pimpinan Umno bertanggungjawab kerana rakyat tidak mahu melihat kezaliman terus berlaku di negara ini.

"Saya dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain datang ke sini untuk menuntut keadilan. Kita bantah keras pimpinan BN dan kita tak hendak lihat satu persatu kezaliman yang dilakukan," tegasnya.

Ketika berucap di perhimpunan aman di hadapan bangunan Plaza Massalam beliau mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.

Dalam himpunan aman pada Jumaat, 17 Julai lalu, pihak polis telah bertindak ganas ketika meleraikan 500 orang yang berhimpun di luar bangunan Plaza Massalam.

Perhimpunan itu dimulakan dengan ucapan daripada Adun Sekinchan-DAP, Eng Suee Lim yang menegaskan himpunan itu bertujuan menyatakan bantahan terhadap SPRM (Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia) kerana secara terang-terangan telah menyebabkan kematian pembantu exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Menurut beliau, kematian itu bukan saja merupakan satu penghinaan tetapi telah mencabar kerajaan Pakatan Rakyat malahan pegawai yang bekerja dengan Pakatan Rakyat.

Dalam masa tiga minit beliau berucap Polis datang dengan keras mengatakan; "Ini perhimpunan haram...." Suasana bising berlaku apabila peserta perhimpunan membalas mengatakan; "Ini bukan satu perhimpunan haram, ini perhimpunan aman..."

Serentak itu kedengaran laungan, `We want justice, we want justice...., Adakah kita buat kacau bilau, kita tuntut keadilan..."

Turut berada dalam perhimpunan antaranya Adun Teratai, Rawang, exco kerajaan Ngeri, Teresa Kok; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Thian Chua yang masing-masing membawa bunga kekwa putih serta kain rentang yang bertulis `We want justice...'

Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sampai ke Plaza Massalam tepat jam 10 pagi dan terus masuk ke bangunan Massalam bersama Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

Turut serta antaranya exco kerajaan negeri Selangor; Dr Halimah Ali; Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Bendahari PAS, Dr Hatta Mohd Ramli, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Laungan `reformasi, reformasi, reformasi bergema disambut dengan we want justice'.

'Tangkap, tangkap, tangkap pembunuh, jangan jadi lembu.'

Kelihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng bersama Penasihat DAP, Lim Kiat Siang hadir dan turut berucap dalam perhimpunan aman tersebut.

Pergelutan berlaku 10 minit kemudan selepas Guang Eng dan Kiat Siang masuk kedalam bangunan Plaza Massalam. Anggota polis pencegah rusuhan (FRU) bertindak ganas meleraikan perhimpuan aman tersebut dengan menangkap beberapa orang peserta.

Pembantu exco kerajaan negeri Selangor, Lu Chuan Boon telah diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila beliau enggan beredar dan bertindak duduk di hadapan Plaza.

Bagaimanapun, beliau pengsan ketika diseret polis dan Special Branch (SB) kemudian beliau diangkat masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai terus melaung `polis ganas'. Dua trak FRU datang tepat jam 10.40. Sebelum itu dua trak FRU sudah berada di Plaza Massalam.

Empat orang ditangkap antaranya exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Polis menyerbu dan menangkap ketika beliau memberikan taklimat kepada orang ramai supaya menanti pimpinan Pakatan Rakyat keluar dari bangunan.

Turut ditangkap ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam; pembantu ahli Parlimen Petaling Jaya dan pembantu Xavier. Mereka telah dibawa ke balai polis seksyen 11, Shah Alam.

Ketika menanti pimpinan menyerahkan memorandum kepada Pengarah SPR, peserta perhimpunan antara Dr Dzulkifly,Shamsul Iskandar, Elizabeth Wong, Lau Wen Sang duduk berkumpul di hadapan pintu masuk Plaza.

Bagaimanapun lebih kurang jam 11 pagi Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar datang dan mengarahkan mereka bersurai.

Lebih 200 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM. Manakala anggota FRU telah membuat benteng mengawal bahagian depan bangunan berserta trak `Water canon'.

Tiada ulasan: