KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 02, 2009

Kabinet Dewan Ulama PAS Pusat diharap mampu perkasa parti

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulama PAS Pusat kali pertama sesi 2009-2011, 18 Jun lalu telah memilih Ustaz Muhamad Zain Abdul Rahman sebagai setiausaha dan bekas speaker Kerajaan Terengganu, Dato' Husain Awang sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya dewan itu.

Tiga penolong setiusaha turut dilantik, mereka ialah Ustaz Dr Badruzzaman Yusof, Ustaz Dr Azahari Aripin dan Ustaz Dr Shahbudin Ngah. Mesyuarat juga mengekalkan Ustaz Nik Muhamad Zawawi Salleh sebagai ketua penerangan dan bendahari diamanahkan kepada Ustaz Khairuddin Razali.

Seramai sembilan orang ahli jawatan kuasa tambahan turut dilantik. Mereka ialah Ustaz Jaliluddin Abdul Wahid, Ustaz Soid Md. Amin, Ustaz Wan Abdul Halim Wan Chik, Ustaz Haji Khirul Muntanazar Ismail, Ustaz Mokhtar Senik, Ustaz Mustafa Shaari, Ustaz Zolkharnain Abidin, Ustaz Nor Najhan Mohd Salleh dan Ustaz Mohd. Khairi Zainuddin.

Terdahulu, pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-48 yang diadakan di Muzium Negeri Selangor, seramai sembilan orang ahli jawatan kuasa telah dipilih oleh perwakilan.

Mereka ialah bekas ketua dewan itu, Dato' Ustaz Mohamed Daud Al-lraqi, Dato' Ustaz Hassan Mohamad, Ustaz Mohamad Mustaffa, Ustaz Salleh Sani Harun Al-Hafiz, Ustaz Abdullah Abdul Razak, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz Ismail Noh dan Ustaz Abdullah Husain.

Pada pemilihan itu, Ustaz Dato' Harun Taib menang tanpa bertanding sebagai ketua dewan ulama. Bagi jawatan timbalan dan naib juga, masing-masing disandang oleh Ustaz Dato' Ahmad Yaakob dan Ustaz Dato' Dr Mahfodz Muhamad. Mereka menang tanpa bertanding.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz2 semua,

UG, bincang dengan umno, wacana intelektual adalah di antara virus2 yang teruk merimaskan ahli2 pas. ustaz2 semua tinggi ilmu agama, itu semua ahli akui. dari segi ilmu politik pula, ustaz2 ada kekurangan. sebagai ajk dupp usahlah membazir masa mancanang 'kepimpinan ulama' tercabar. tak ke mana. tak ada seorang pun ahli pas yang 'gila' nak cabar ulama. hazam tu.

perbincangan dengan umno, ni bukan keutamaan dalam pemerkasaan parti. jangan sekali2 "agen" the melayu dibiarkan meresapi ke dalam pas, itu tugas dang tanggungjawab utama dupp. berilah keutamaan kepada pemerkasaan pas dan pakatan rakyat. dari perkiraan politik, sebarang usaha 'mendekati' umno mengundang seribu 'kerimasan' kepada ahli2.

jauhilah "fitnah yang sedang tidur". jangan kerana sedikit kepentingan ajk dupp terjebak dengan "agen" the melayu. ketua dupp begitu seronok mempelawa menubuhkan kerajaan perpaduan dengan umno terengganu sebagai mengatasi konflik dalaman umno. cuba filir dalam2, mungkinkah umno tolak sesama umno dan bersama pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan terengganu? jauhilah politik bebal ala pas terengganu.

maaf, ustaz2 semua...

Tanpa Nama berkata...

dalam keadaan konflik umno terengganu begitu teruk, logikkah pas terengganu menawar 'kerajaan perpaduan' dengan satu pihak umno menolak pihak umno yang lain dan menerima pelawaan pas?

pas terengganu perlu mengembelingkan segala tenaga untuk merampas terengganu dari umno lebih2 lagi lagi keadaan umno yang khabarnya sudah berpuak2. bukan menawarkan kerjasama, apakah tak sabar untuk menunggu pru13? kalau gitu, benarlah andaian bahawa di sana ada "offer" yang menarik. jalan yang paling tangkas dan baik, letak jawatanlah. saya percaya ramai kalangan pemimpin pas terengganu yang berkaliber untuk menerajui pas terengganu "way forward".

Tanpa Nama berkata...

jangan kerana pas terengganu, pas pusat terengsot2. ajk dupp perlu perihatin dengan keadaan ini, lebih2 lagi ketuanya dari terengganu. saya yakin kehadiran ulama seperti dr mahfodz mampu "membetulkan" keadaan. saya memilih dr mahfodz keran saya pernah membaca wawancaranya di blog ini yang mamahami akan "konsep" kepimpinan ulama sebagaimana disebut oleh timbalan mursyidul am, yang saya turut mempersoalkan peranannya bagi 'mencacatkan' imej ulama dalam kempennya semasa jubli perak kepimpinan ulama dulu. hari ini, selepas muktamar 55, kita merasakannya