KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 02, 2010

Membuktikan Hang Tuah ialah Hang Too Ah berbangsa Cina yang mengikuti pendakwah Islam Laksanama Muhamad Cheng Ho ke Melaka

Buat julung kalinya di negeri ini, satu dialog antara PAS yang diwakili Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Dr. Mujahid Yusof dengan panganut Kristian telah diadakan di Gereja Christ of The King, Sungai Petani baru-baru ini.

Sebentar tadi saya menghubungi Ibnu Hashim atau Dr. Mohd Hashim (foto kanan) berkenaan cadangan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf untuk menganjurkan seminar tentang Hang Tuah sebagai berbangsa Cina di negara ini. Mujahid yang berperanan efektif menggerakkan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat setakat ini berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, dan menggerakkan Dialog Islam-Kristian di gereja-gereja atas jemputan pihak Kristian. 

Mohd Hashim mengesahkan sebagai benar. Ada berbincang malam tadi dan cuba mencari angle terbaik untuk menonjol dan membuktikan bahawa Hang Tuah yang menjadi idola Umno, dengan keris terhunus itu bukannya seorang berbangsa Melayu sebaliknya seorang berbangsa Cina yang datang ke Melaka bersama Hang Li Po.

Katanya, cadangan menseminartkan itu sangat baik bagi mmebuka dan membedah sejarah yang tak pernah menipu. Tujuannya, supaya rakyat Malaysia tahu peranan orang Cina dalam pengembangan Islam dan peranan dalam politik negara Malaysia tercinta ini.

"Kalau Laksamana Muhamad Cheng Ho, boleh ditonjolkan sebagai pendakwah Islam di nusantara ini, mengapa peranan 'Hang Too Ah' yang ada kaitan dengan rombongan 'Hang Li Po' dari China, bahkan mungkin ada kena mengena dengan misi Laksamana Muhammad Cheng Ho itu tidak boleh ditonjol dan diseminarkan?" soal Ibnu Hashim kepasa saya semula.

Soalnya, bagaimanakah reaksi Umno jika ada seminar seumpama ini nanti. Parti Melayu kebangsaan itu mendakwa Hang Tuah adalah lambang kesetiaan seorang Melayu terhadap Rajanya, namun apa yang dilakukan Hang Jebat yang dikatakan menderhaka, acapkali juga diilhamkan Umno sebagai hujah untuk menentang pihak-pihak tertentu khusus dalam isu menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu. 

"Nanti marahlah Umno, kerana tokoh idola mereka dapat dibuktikan sebagai bukan Melayu?" usik saya kepada beliau.

"Takpa. Dalam minggu ini saya akan ke Beijing China, kalau ada kesempatan saya akan cuba polemikkan perkara ini dengan beberapa tokoh akademik di sana. Ini kerana beberapa tahun dahulu usaha menseminarkan hal ini dikatakan terhenti kerana menunggu maklumat dari Hong Kong," ujar beliau.

Turut hadir dalam pertemuan semalam, selain Dr. Mujahid ialah beberapa ahli politik dan pendidikan dari Pulau Pinang seperti Sdra. Zulkifli Mohd Lazim dan Shahabudeen Jalil.

Shahabudeen Jalil, antara pencetus awal mengenai kisah Hang Tuah bukan Melayu melalui blog Suara Anum.com (Sila lihat polimik bertajuk 'Hang Tuah Berbangsa Cina Shahabudeen Jalil & Hang Tuah: Satu Interpretasi Bukan Melayu Kenny Chee), beberapa tahun lalu.

"Pandangan ini saya petik dari tulisan buku Ibnu Hasyim dalam bukunya,'1950-2000 Sejarah Kebangkitan Dan Masa Depan PAS Kuasai Malaysia?' (Terbitan GG Edar 1993)... sehingga saya dijemput berceramah di beberapa tempat. Tapi tiada kesempatan," sambung Shahabudeen yang kini menjadi seorang ahli bisnes penuh masa.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ke Beijing, pastikan melawat Masjid Niujie. Berdekatang dengan Masjid ini ada flat perkampungan orang Islam. Saya pernah ke rumah seorang imam berdekatan dengan Masjid ini. Beliau mahir dengan Khat dan sering berdakwah ke Mongolia walaupun pada musim sejuk.

Tanpa Nama berkata...

It is hard sex drive test for men to imagine in a novel that may be appropriate, Corbett says.
Only approved scaffold contractor to construct, erect, install, re-position, alter, maintain,
repair or dismantle certain scaffolds5.

my web site; vivaxaexposed.Com

Tanpa Nama berkata...

Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you penning this post and the rest of the site is really
good.

Also visit my web site :: website

Tanpa Nama berkata...

Semalam saya bermimpi berjumpa hang tuah bersama seorang Tan Sri berbangsa melayu, Hang tuah bertanya kepada saya,siapa kah cina ini, saya kata ini bukan cina tapi melayu, hang tuah marah dan kata saya menipu, mana ada melayu yg lahir dengan nama tan, hanya cina yang lahir mempunyai nama keluarga tan..jeng3