KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 09, 2010

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sokong negeri-negeri Pakatan Rakyat wujudkan penasihat undang-undang



Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang patut mempunyai penasihat undang-undang sendiri dan tidak harus mengambil pegawai dari Jabatan Peguam Negara. Menurut Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas pengumuman Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu, beliau telah banyak kali mencadangkan perkara tersebut kerana menyedari masalah dan dilema yang dihadapi oleh Negeri Kelantan terutama ketika berlaku krisis pentadbiran di negeri itu sekitar 1996-97, walau pun Penasihat Undang-undang Negeri adalah anggota Exco kesetiaan dan arahan datang dari Kerajaan Persekutuan. 

"Dia tak peduli MB. Dia lebih takut pada Peguam Negara yang merupakan ketuanya yang sebenar. Dan mungkin rombakan itu tidak berhenti pada Penasihat Undang-undang Negeri sahaja. Ia juga harus merangkum Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang turut duduk dalam Exco sebagai ahli," tambahnya.

Buat masa ini tiga orang pegawai kanan iaitu Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri adalah anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) atas sifat jawatan, yakni ahli ex-officio.

"Apa yang lebih memedihkan ialah gaji Penasihat Undang-undang ini dibayar oleh kerajaan negeri. Dan taraf jawatan mereka telah pun dinaikkan oleh Jabatan Peguam Negara. Sekarang ini LA bertaraf JUSA 'C' yang gaji dan elaunnya mencecah RM14,000 sebulan tidak termasuk kereta, rumah dan banyak kemudahan lain", kata pakar perlembagaan itu lagi. Sementara itu, jelas beliau, SUK pula berpangkat JUSA B yang gaji dan elaun mereka melebihi RM17,000 sebulan. 

"Ertinya negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah sekarang membayar gaji pegawai-pegawai yang kerjanya mensabotaj program mereka!", katanya. Katanya, oleh kerana sebahagian daripada negeri-negeri di Malaysia tidak mempunyai perkhidmatan tadbir sendiri mereka terpaksa menerima pegawai PTD untuk menguruskan negeri. 

Walaupun Kelantan dan Kedah mempunyai perkhidmatan tadbir sendiri Selangor dan Pulau Pinang terpaksa bergantung kepada PTD yang dikawal oleh kerajaan persekutuan, ujar beliau. Aziz mengingatkan bahawa cadangan baik Anwar itu mungkin menghadapi masalah kerana ia terkandung dalam perlembagaan negeri dan istana mungkin dihasut untuk menghalangnya. 

"Di bawah peruntukan perlembagaan yang ada kuasa melantik tiga pegawai itu ialah kuasa sultan dan kita telah melihat bahawa dalam hal-hal yang rutin pun sultan diseret oleh mereka untuk menimbulkan masalah," tegasnya sambil mencadangkan supaya kedudukan yang ada dikekalkan dan tunggu sehingga Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya. 

"Negeri-negeri Pakatan boleh melantik peguam untuk mengendalikan kes-kes mereka dan ini akan menyebabkan pegawai-pegawai dari Kamar Peguam Negara itu malu dan sedar diri," tegasnya. Satu lagi masalah dengan pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara itu ialah mereka membaca undang-undang mengikut perspektif Umno-Barisan Nasional, dakwa pakar perlembagaan itu.

"Mereka tidak ada pilihan kerana mereka bimbang kenaikan pangkat dan karier mereka terancam. Mereka ikut apa sahaja yang diperintahkan oleh Peguam Negara," katanya. Aziz bagaimana pun memberi jaminan bahawa kualiti perkhidmatan peguam persendirian adalah sama dan mungkin lebih baik. "Saya kenal kebanyakan mereka. Sebahagiannya adalah bekas-bekas pelajar saya", tambahnya. Pakar perlembagaan itu berkata struktur yang ada sekarang perlu dirombak. 

"Tetapi ini memerlukan Pakatan memerintah negara. Saya tidak faham mengapa perlu ada pegawai yang bukan ahli DUN di situ. Ini jelas peninggalan penjajah yang mahu pusat mengawal negeri. 

"Sepatutnya Exco sebagai kabinet negeri dibentuk sepenuhnya oleh ahli-ahli dewan sebagaimana di peringkat pusat. Dalam kabinet persekutuan Ketua Setiausaha Negara (KSN) duduk dalam kabinet sebagai setiausaha, bukan ahli. Sebab itu dia bukan YB. Tapi anehnya SUK bergelar YB sebab dia anggota Exco. Pegawai kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat tidak patut duduk dalam kabinet," jelas Aziz.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wonderful website. A lot of helpful information here. I am sending it to a few buddies ans also sharing in delicious.
And obviously, thank you for your effort!

Also visit my blog :: hire comedian Essex

Tanpa Nama berkata...

I am now not certain where you are getting your info, but great topic.
I must spend some time finding out more or figuring out more.
Thanks for wonderful info I was searching for
this info for my mission.

my web site - teen life coach in East Rand

Tanpa Nama berkata...

Good day! Do you know if they make any plugins to safeguard against hackers?
I'm kinda paranoid about losing everything I've worked
hard on. Any recommendations?

Have a look at my web-site: burst pipes Gauteng

Tanpa Nama berkata...

аlways i usеd to rеad ѕmaller posts that
alsο clear their mοtive, аnԁ that
is also hapρening with thіs piece of ωriting which ӏ am reading at this рlace.


Cheсk out my blog post - payday loans

Tanpa Nama berkata...

The fat burners bodybuilding lotion hydrates the feet, wearing open-backed shoes for long, being overweight,
thyroid disorders or diabetes.

My blog; affordable caralluma burn

Tanpa Nama berkata...

Hello, Neat pоѕt. There's an issue with your site in internet explorer, might check this? IE nonetheless is the marketplace leader and a large component to other people will pass over your fantastic writing because of this problem.

Feel free to surf to my website ... Same Day Payday Loans