Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming mendedahkan Perak telah menjadi negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan. Dakwanya, Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping, mendedahkan statistik Jabatan Perdana Menteri; 40 peratus dari keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga diseluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, dengan Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak.
Tambahnya lagi, 40 peratus lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Nga menegaskan, hanya 5.9 peratus keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00.
"Keadaan ini jauh menepati sasaran dimana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun. Fakta ini amat memalukan rakyat Perak kerana pada 1970-an, Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain.
"Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukan merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu," tegasnya. Sehubungan itu Nga menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan