KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 25, 2009

Apabila Profesor pro Umno mengilas syor Tok Guru Nik Aziz



KESEDIAAN Pas menyerahkan jawatan Menteri Besar di Kelantan kepada bukan Melayu sekadar slogan politik yang dibangkitkan untuk memancing undi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, tawaran itu bukan perkara baru dan sudah menjadi kebiasaan bagi Pas menarik minat kaum bukan Melayu untuk menyokong parti itu.

Menurutnya, ia gula-gula politik Pas untuk menambat hati bukan Melayu di Kelantan menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak lama lagi.

"Persoalannya ialah di mana kredibiliti Pas untuk mengotakan slogan tersebut sedangkan kepimpinan Pas pun masih tidak berubah sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas sedia menyerahkan jawatan Menteri Besar di Kelantan kepada bukan Melayu asalkan beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan agama.

Menurut Ahmad Atory, slogan politik Pas itu hanya sekadar mengulangi pendirian parti tersebut apabila ada keperluan politik.

"Jika Pas benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Islam, usulkan juga cadangan meletakkan syarat beragama Islam bagi calon Menteri Besar di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor kepada rakan pakatan pembangkang di sana. Saya yakin Pas bakal berhadapan kecaman daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan berkata, cadangan tersebut tidak praktikal kerana tidak ramai bukan Melayu beragama Islam di negeri itu.

"Ini sekadar kenyataan politik Pas bagi menunjukkan bahawa parti tersebut liberal dan terbuka kepada semua kaum.

"Hakikatnya, itu sekadar memancing undi di kalangan kaum bukan Melayu menjelang pilihan raya kecil di negeri tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, tawaran Pas itu sekadar cakap kosong politik parti tersebut apabila ada keperluan.

Dari segi logik, katanya, kesediaan Pas menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada kaum bukan Melayu dengan syarat beragama Islam di Kelantan tidak menjadi isu kerana 90 peratus penduduk di negeri itu beragama Islam.

"Tidak perlu membangkitkan isu ini kerana tiada implikasinya kepada rakyat. Rata-rata rakyat Kelantan memang Islam dan kebanyakannya juga kaum Melayu," katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NIK AZIZ CARA BERFIKIRAN LAMA.

PROF. LEBIH BIJAK DAN TERPELAJAR.

BILA NAMPAK PRO-UMNO?
TERUS KITA PERSALAHKAN MEREKA.
JIKA MEREKA PRO-KITA..
Kita puji, kita sanjung dan kita julang.
WALAUPUN IANYA BOLEH MENJADI PRO-SAK PARTI.

Marilah kita insaf...
Yang benar tetap benar...
Walaupun pahit..
Jika ditelan juga..
ianya akan menjadi penawar kepada PUAK KITA (PAS).

MARILAH KITA BERSANGKA BAIK SESAMA ISLAM.

Takbir...
Takbir...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya ramai yang tidak faham apa yang disarankan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "bahawa Pas sedia menyerahkan jawatan Menteri Besar di Kelantan kepada bukan Melayu asalkan beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan agama".

Orang yang bukan bangsa melayu diberi jawatan tapi berpegang pada agama islam sebagai panduan dalam pentadbirannya adalah lebih baik dari bangsa melayu yang tidak beragama.

Apa yang dikatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik memang berasaskan politik untuk memikat kaum bukan melayu menyokong parti PAS.... apa punya bangang Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain.

Persoalannya adakah tawaran itu ditolak oleh bangsa bukan melayu...?

Setahu kita orang yang menolak tawaran itu hanyalah Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain (USM), Datuk Fuad Hassan (Perkasa), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff (UKM),