KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 05, 2009

Jika arah tuju PAS tidak terang, Ustaz Nasruddin Hassan saran Husam tanding jawatan Presiden PAS!



KOMENTAR Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan (Tontawi) tentang minat Dato' Paduka Husam Musa untuk merebut jawatan Timbalan Presiden baru-baru ini cukup menarik. Katanya, Dato' Paduka Husam bin Musa Naib Presiden PAS telah menegaskan bahawa beliau bersedia untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS menjelang pemilihan di muktamar kelak. Ikuti pendapat beliau di bawah yang dikutip dari blognya:

Saya mengikuti beberapa alasan yang dikemukakan oleh beliau bagi mewajarkan tindakannya mencabar penyandang Timbalan Presiden PAS hari ini. Alasan beliau terhenti diatas tiga faktor:

1. Meneliti harapan dari PAS kawasan yang mencalonkan beliau
2. Menimbang faktor arah tuju parti
3. Memperkukuhkan pencapaian PAS dalam PRU ke 13


Saya tertarik kepada alasan ke dua yang dikemukakan dan ia berkait dengan hala tuju PAS . Dato' Husam menyatakan: "Saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya.

"Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, insya Allah. "

Meneliti kenyataan Dato' Paduka Husam Musa, dapat difahami dengan jelas bahawa beliau kini merasakan arah tuju PAS tidak terang atau tidak jelas malah meragukan, lantaran itu beliau kini bersedia untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden PAS bagi memastikan selepas ini arah tuju PAS lebih terang dan tidak ada keraguan terhadap parti.

Andai arah tuju PAS telah jelas dan nyata, nescaya beliau tidak akan mengganggu malah tidak akan berfikir untuk mengganggunya.

Jika benar Dato' Paduka Husam Musa merasakan arah tuju parti tidak jelas dan nyata, sehingga mendorong beliau bertanding ke jawatan Timbalan Presiden di musim pemilihan parti akan datang, saya merasakan tindakan Dato' Paduka salah dan tidak tepat.

Saya tidak ragu terhadap telahan Dato' Paduka kerana sebelum ini saya sangat mengenali beliau sebagai seorang yang objektif dan strategis. Tentunya telahan beliau bahawa arah tuju parti tidak terang dan meragukan itu ada benarnya.

Tetapi saya tidak bersetuju beliau bertanding ke jawatan Timbalan Presiden. Kerana jawatan Timbalan Presiden tidak akan banyak membantu beliau untuk membetulkan kembali arah tuju parti yang kini telah kabur dan pudar malah meragukan ahli parti.

Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang hebat dan berwibawa seperti Dato' Paduka Husam Musa ialah jawatan Presiden PAS itu sendiri. Kekuatan untuk merubah arah tuju dan memastikan ianya terang lagi jelas tanpa sedikitpun keraguan dikalangan anggota parti mestilah bermula dari kerusi Presiden parti.

Tambahan pula, hari ini pelbagai pihak menimbulkan keraguan terhadap Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden parti dan menganggap idea-idea pelik yang di bawa oleh Tok Guru Presiden seperti muzakarah dan unity government , sangat meragukan ahli parti.

Barangkali inilah juga asas kenapa Dato' Paduka Husam Musa menganggap arah tuju parti kini mengelirukan dan memaksa beliau bertanding ke jawatan Timbalan Presiden. Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa jawatan yang layak dan paling sesuai untuk misi dan visi Dato Paduka Husam Musa ialah Presiden bukan Timbalan Presiden .

Kawasan-kawasan yang masih belum selesai bermesyuarat agung atau belum menyerahkan kertas pencalonan kepimpinan parti boleh turut sama memikirkan kewajaran ini dan saya sarankan agar ada kawasan mencalonkan Dato' Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS dan saya sangat berharap agar Dato' Paduka tidaklah pula selepas ini menarik diri daripada pencalonan yang diberikan oleh kawasan kerana itu juga sebahagian dari harapan PAS kawasan dan ia menepati faktor pertama yang mendorong Dato' Paduka bertanding ke jawatan tertinggi parti.

Harapan saya selepas ini, PAS akan kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah Presiden PAS sekarang banyak menimbulkan keraguan kepada ahli parti.

Atas alasan serupa demi masa depan parti sekali lagi saya nyatakan sokongan saya agar Dato' Paduka Husam Musa diberi peluang untuk merebut jawatan Presiden parti. Justeru itu PAS kawasan mestilah mencalonkan beliau dan saya merayu sungguh - sungguh agar beliau benar - benar diberi peluang demi masa depan parti.

Dato' Seri Tuan Guru Presiden juga telah berulang kali menyebut bahawa beliau bersedia dicabar jika perwakilan merasa kepimpinan beliau tidak lagi berkesan malah meragukan, pula menyebabkan arah tuju parti menjadi tidak terang dan tidak nyata.

10 ulasan:

Rantong berkata...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan. Mungkin ini dapat membantu orang-orang kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

helmi berkata...

Tahniah utk Ustaz Nasaruddin. Anda telah membelasah Datuk Husam dengan begitu hebat sekali. Semua org tau Tuan Presiden adalah idola Ustaz jadi bila idola anda di persoal dengan bermcm isu tentu ustaz jadi tak senang duduk. Saya setuju dengan MB Kedah, jangan ada lobi melobi dan biar perwakilan yg tentukan. ini tak, ustaz yg belasah dulu...

Anak Lenggong berkata...

Sekarang ini baru pecah tembelang siapa sebenarnya Husam tu...sebenarnya PAS telah tertipu dengan mainan anuar....

Ketahui lah wahai penyokong PAS bahawa didalam PAS sudah diresapi oleh golongan anuar iaitu sejak kemasukan kamaruddin jaafar didalam PAS..Kamarudin adalah pengikut setia dan kroni anuar..cuba fikir kenapa dia tidak ikut anuar sewaktu penubuhan parti keadilan dulu..kenapa dia joint PAS..sebabnya adalah dia sebagai jarum untuk meresapkan edialogi anur didalam PAS..cuba lihat dalam harakah..sekarang ini sudah jadi seperti akbar PKR dengan memuatkan isu anuar saje...cuba lihat sape disekeliling nik ajis tu..semuanya bekas orang kuat anuar..so senang laa tangkok nik ajis tu nak dipulas...

Sedar laa wahai penyokong PAS jangan sampai dihanyutkan oleh golongan anuar..sebab dia berjuang untuk kepentingan peribadi..contoh dalam kes penanti ..dia buat pemilihan tanpa merujuk kepada rakan2 didalam pakatan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Bila ustaz memperli dikatakan bagus. Bila ustaz mendedahkan hal dalaman dikatakan berani. Bila ustaz mengutuk ahli jemaah dikata menegur. Semua yang ustaz buat, pendek kata baik le semuanya.
Yang Tarmizi dan aku, kena wala' dan taat sahaja.

Amri Mat Saaid berkata...

salam

TBO cadangkan sheikh tontawi tanding Timbalan Presiden PAS biar bertambah terang hala tuju PAS, amacam bro tontawi al tanta ada berani kah

abghalim berkata...

Salam

PAS kini terpengaruh dengan irama PKR yang mewarisi dari tunggulnya UMNO....

Jangan diriuh rendah isu...duduk berbincang.Jangan biarkan pengikut kita keliru...

Bukan semua yang ikut kita tu bijak seperti kita.

Perasaan tidak puas hati diantara Peminpin atasan..adalah lebih baik kita berbincang secara tertutup....

Jangan jadi seperti UMNO yang berlagak baik...tapi sebenarnya membuka pekung di dada

Abu Razeen 2 berkata...

"Harapan saya selepas ini, PAS akan kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah Presiden PAS sekarang banyak menimbulkan keraguan kepada ahli parti."

statement diatas bukan dr YB Husam dan tiada pernah dikaitkan dgn beliau, atau YB Timbalan Presiden, atau ust sensasi kini ust Nik Abduh atau sesiapa pimpinan Pas.

Jadi ia adalah statement tantawi sendiri. Samada memerli atau luahan hati yg tak dpt dipendam, Allaah Maha Mengetahui dan tantawi sendiri tahu.

Klu memerli YB Husam.....itu tak beradap kpd pemimpin kanan Pas ( naib Presiden).

Klu luahan hatinya, itu tak beradap kpd Presiden sbb walaupun bebas bersuara, tapi kritik tanpa asas dan tak ikut saluran itu merendahkan Presiden dan timbul kan berbagai fitnah dan spekulasi negatif.

Bertaubatlah tantawi.

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Salam buat Rashidi, Walaupun tanpa nama tapi rasanya dapat dikenal melalui tulisannya. Kalau saya tersilap minta maaf la. Tapi memang kita kena bagi wala' kepada pimpinan lebih-lebih lagi kepada Presiden. Kepada yang masih samar-samar hala tuju PAS diharap meneliti semula apakah tujuan tuan semua menjadi ahli PAS. Apa yang pelik dah sampai jadi pimpinan tertinggi pun masih kata tidak tahu hala tuju parti? Jadi apa yang disarankan oleh Ustaz Nasruddin Hassan ada kebenaranya. Kalau rasa nak hala tuju parti mengikut sesedap rasa kita maka silalah bertanding melawan Presiden. Itu adalah lebih baik dari teraba-raba mencari hala tuju parti. Tapi peliknya apa yang pimpinan luar parti buat itulah kononnya yang terbaik. Agaknya ada ker lagi "16 september" selepas ini? Jangan lah jadi Mat Jenin. Itu sebenarnya bukan jalan kita untuk berkuasa.

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Terima kasih atas semua pendapat pro dan kontra yang telah anda ke tengahkan di sini.

Moga-moga, ia memberikan kebaikan kepada semua pihak. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Pelik juga Ustaz al Pahangi al Keratongi ni. Masa Nik Abduh tulis, dihubungi Nik Abduh terus. Tapi bila dia sendiri nak tulis pasal Husam, tak dihubungi pulak Husam. Mana keadilannya Ustaz?
Kalau setakat ambil pandangan sebelah pihak tu, rasanya cuma akan menjatuhkan maruah Ustaz saja.