KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 09, 2009

Mohd Sabu, Prof Dr Aziz Bari, Mustafa Kamil dan Ragunath pada Forum "Matinya Demokrasi di Perak" di Taman Melewar 9 Mei


NAIB Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam.

Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh akan bertindak sebagai moderator pada majlis tersebut.

Demikian dimaklumkan Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Katanya, program anjuran PAS Bukit Bintang ini bertujuan untuk menjelas atau mendebatkan kemelut yang melanda Perak sejak empat bulan lalu dan ia termasuk isu terkini, sidang Dun 7 Mei yang mungkin akan mencacat sejarah dalam demokrasi tanah air disamping pelbagai saman yang masih terlekat di mahkamah.

Beliau menyeru orang ramai hadir bagi mengikuti program yang julung kali diadakan di Markaz PAS Taman Melewar ini.

1 ulasan:

topengsakti® berkata...

pasti hadir...