KRISIS politik Perak yang bermula Februari lalu melalui bab baru hari ini apabila Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak pukul 10 pagi tadi masih belum disempurnakan dengan anggota Dewan bertikam lidah sehingga mencetuskan kekecohan. Lihat bagaimana rampas kuasa dilakukan oleh pihak BN yang peralatkan Raja...
Sehingga pukul 12 tengah hari Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja di tingkat dua bangunan SUK sementara menunggu 'lampu hijau' untuk berangkat ke Dewan. Perkembangan hari ini menyaksikan dua Speaker berada dalam Dewan. Spekaer V. Sivakumar yang memasuki DUN pukul 10 pagi mengumumkan bahawa beliau ada beberapa ketetapan mesyuarat yang perlu dimaklumkan sebelum sidang dirasmikan.
Antara ketetapan itu ialah memecat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang telah digantug dari memasuki DUN masing-masing selama 18 dan 12 bulan. Turut digantung ialah tiga ADUN Bebas yang telah keluar parti masingI-masing dan dikatakan telah meletakkan jawatan. Katanya ia selaras dengan ketetapan sidang bawah pokok 3 Mac lalu. Sivakumar berkata, beliau tidak akan meneruskan sidang selagi kesemua 10 wakil rakyat berkenaan tidak keluar.
Malah beliau turut mengarahkan bentara DUN supaya membawa mereka keluar. Arahan itu tidak dapat dilaksanakan. Kemudian kira-kira pukul 10.30 pagi, Zambry membentangkan usul agar Sivakumar dipecat. Ia disokong sebulat suara dengan mengangkat tangan oleh wakil BN. Usul itu telah dikemukakan oleh BN dua minggu lalu. Hari ini Sivakumar mengumumkan bahawa usul itu telah ditolak oleh beliau. Ketika berulang kali menekankan bahawa beliau tidak akan membolehkan sidang diadakan selagi kesemua 10 ADUN berkenaan keluar.
Sivakumar berkata, beliau tetap dengan keputusannya yang dibuat di bawah Perkara 43 Perinta Tetap Dewan. Di sebalik kekecohan itu anggota BN pula mengadakan sidang mereka sendiri dengan meluluskan usul memecat Sivakumar dan digantikan dengan wakil BN. Sidang itu dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Hee Yit Foong, ADUN Bebas selepas keluar dari DAP. Wakil BN itu, Datuk Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengenakan jubah Speaker dan mengangkat sumpah. Beberapa minit kemudian, beliau 'mempengerusikan' sidang DUN dengan meluluskan usul membatalkan ketetapan sidang 3 Mac.
Selepas kecoh lebih hampir 70 minit suasana Dewan tenang mulai 11.16 pagi. Bagaimanapun SIvakumar berkata, beliau tidak akan membenarkan sidang diteruskan selagi 10 anggota terbabit keluar Dewan. Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong. Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan. Setakat 11.50 pagi, sementara Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja suasana DUN masih kelihatan tenang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan